Kesihatan Itu Tunjang Kekayaan - CrazyDuck -->

Header Ads

Kesihatan Itu Tunjang Kekayaan

Kamu yang sangat istimewa dan luar biasa



Bertuah dari berbagai sudut
Setiap pagi bangun mu dengan kesyukuran dan senyuman
Bersedia menghadapi segala kemungkinan
Kamu berbincang tentang projek
Memantau perkembangan dan kelancaran
Kamu mendengar dan meneliti pelan tindakan.

Kamu gemar bersukan juga menonton
Acara sukan kegemaran

Kamu lebih suka berkumpul
Bersama teman dan rakan
Dari menerima kunjungan mereka
Di katil hospital 

Kesihatan mu sangat diutamakan


Ada ketikanya kamu memilih untuk besendirian…
Menampakkan impian dan masa hadapan
…visualize your drean and future

Kamu tidak mahu kesaorangan menanti pembedahan
Atau risau tentang hal
yang kamu tiada kuasa ke atasnya

Kamu telah menjelajah ke mana-mana

Kamu sudah menikmati enaknya tidur di tempat yang sebegini
Pastinya begini dan di sini bukan pilihan 

Kamu mengambil berat akan hal kesihatan mu


Kamu berbincang tentang penciptaan peluang
Nun dilubuk hati mu
Kamu adalah seorang penyayang

Tatkala kamu memikirkan tentang peluang hari ini…
Kamu menyedari…

Ada orang tidurnya beralaskan bantal yang sangat keras
Ada yang masih bekerja pada jam 2 pagi
Ada yang kelaparan ketika kamu sedang menikmati
Ada yang terlalu mentah untuk melindungi diri
Ada yang terlalu lemah dan tiada rumah
Ada yang kerjanya sangat kuat tetapi nasib tidak menyebelahi

Ke atas kerahmatanNYA kepada mu
Kamu menangis dan mengalirkan air mata
Sebagai tanda sedar dan bersyukur

Tangisan dan linangan air mata mu
Membuktikan kekuatan dan ketabahan mu
Untuk menerima ketidaksempurnaan…
…kesilapan, dan kegagalan

Kekuatan untuk
… memaafkan,
… melupakan, dan
… melepaskan keegoan
… dan terus bergerak dengan kepantasan
… tanpa ada lagi alasan yang dulunya hanya diadakan

Kerana kamu sihat
Dari luaran dan dalaman
… tubuh badan
… minda
… emosi
… kebatinan dan
… keimanan (roh)

Kamu adalah juara dengan cara mu yang tersendiri

Hati mu begitu lembut
bagaikan bantal baldu beralaskan sutera

Kamu kongsikan tuahmu bersama yang memerlukan
Tanpa ber-tapi
Kemampuan mu membantu yang lain
Memberi satu kepuasan mutlak

Engkau membantu anak-anak yatim
Kau bersama mereka diwaktu perayaan
Mempunyai itu penting untuk sumbangan sebegini 

Kesihatan tubuh adalah kekayaan yang sebenar


Bagi menyihatkan batin dan roh
Supaya kamu sentiasa berbahagia dalam apa jua suasana

Tiada apa yang kamu takuti
Kecuali pada yang SATU

Kamu mampu tersenyum
Walaupun sudah tidak lagi bernafas
Kerana kerja baik yang telah kamu lakukan

Ceria dengan hobi kamu
… apa saja yang kamu gemari

Ada ketikanya panas tidak sampai kepetang
Masa itulah keindahan pelangi akan muncul

Apa jua keadaan
Kamu tetap menghubungi dia
… dan juga ayah

Panggilan yang ringkas sekali pun
Memadai untuk menggembirakan mereka 

Kamu mengambil berat akan kesihatan mu

Kerana kamu memahami kesihatan itu ibu segala harta

Kamu menjaga pemakanan mu
Kamu sering bersenam
Kamu mengambil minuman kesihatan dan diet
… jenama bukan pula asasnya

Kamu amalkan meminum teh herba
Herba organik sebagai ubatan utama
… bermacam jenisnya

Sabun kecantikan kulit mu
Dari jenis istimewa

Kamu hanya meminum
Air yang bersih dan sihat

Kamu punya penapis air dalam rumah
Mungkin yang sebegini…

Kamu sedar
Tidak kira di mana jua kamu tinggal

Karat dan kotoran akan sampai ke rumah kamu
Memberi risiko kepada kesihatan
Jika ianya tidak dikeluarkan terlebih dahulu
Sebelum memasuki rumah kamu…
Penyakit jangka panjang hanya menunggu
Untuk menghantui hidup mu

Kamu bertindak melabur
dan memasang penapis air luar rumah
Dari salah satu jenama di sini 

Kerana kesihatan kamu sangat penting untuk dijaga


Juga kerana…
Paip bekalan yang kini sudah uzur dan berkarat

======

Klik di sini atau pada gambar andainya 
kesihatan itu sangat penting bagi anda.



Bagi kamu…
Demi Allah dan RasulNya

Kamu menyumbang kepada umat sejagat
Meninggalkan warisan
Sebagai bekalan 

Kesihatan mu adalah harta paling berharga

Semasa di sini dan selepas pergi
Hanya kamu yang tahu
Sekiranya kamu mahu mengambil tahu

Tetapi memang ramai yang buat-buat tidak tahu
Merasakan diri terlalu kebal dari segalanya
Sehinggalah saatnya

Penyesalan sudah tidak bererti
Sebanyak mana harta yang ada
Ketika itu ia bukan rezeki mu lagi

Kamu tersangat
…unik
…istimewa
…satu dalam sejuta
…1,000,000

… jagailah ia
… tanpa kamu yang satu, yang enam hanya kosong
… satu itu yang menjutakannya

WOW... anda baca sampai sini?  Terima kasih. 

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.