Kenapa Mataku Tak Boleh Tidur - CrazyDuck -->

Header Ads

Kenapa Mataku Tak Boleh Tidur

Baca dengan mata hati.  Fahami apa yang tersirat.  Bukan sekadar yang jelas tersurat.



Rumah aku besar tersergam dan tidak berapa jauh dari jalanraya.
Siap lengkap dengan karpet, tirai, dan segala macam barang perhiasan "first class."
Apa jua bunyi dari luar sana semuanya akan diserap oleh isi rumah ini.
Membolehkan penghuninya aman dari segala jenis bisingan yang tidak diundang.

Namun mataku tetap tak boleh tidur…

Kenapa mataku tak boleh tidur
Nyenyak macam hari tu masa meeting sedang berlangsung
Bukan pasal mat-mat motor yang dok buat rempitan
Tapi memikirkan masa depan negara yang seolahnya semakin kabur


Tidur dalam meeting banyak orang buat
Termasuk lah juga pembaca post ini – hang tok sah sembang laa
Dengar khutbah Jumaat pun hang boleh lena
Cuma aku orang ambil pot bila aku tertidur – kerana aku orang super VVIP
Macam hang tak tau…

Suhu bilik tidur ini bukanlah panas macam tak ada air-cond
Bunyi rempitan ada juga terdengar tapi kenapa dalam meeting aku boleh berdengkur
Aku sebenarnya terkenangkan rakyat berbumbungkan langit dan berlampukan bulan
Mereka menepis nyamuk sedangkan aku perlu menepis tohmahan

Rumah mereka tenggelam dan ramai terpaksa meranduk air yang dalam
Bukan sehari tapi berminggu-minggu
Yang hairannya kenapa pula hanya aku seorang yang kena e-coli
Itu pun penyebab kenapa aku tak boleh tidur.

Sungguh moden zaman sekarang, ingatkan buku saja yang boleh dibuat e-book.

Mata aku tetap tak boleh tidur
Hutang negara belambak – sekarang ini sudah lebih RM 550 billion
Dia orang ingat senang ke kerja macam aku ni
Semuanya pasal aku nak “rakyat” hidup senang

Maka betul lah nasihat Luqman kepada anaknya:
“Hai anakku, jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.”

Yang merempit tu semuanya orang muda
Biasalah…  aku juga pernah muda
Siapa yang pernah merempit dia tahulah makna “adrenalin rush”
Orang muda punya stok adrenalin yang tinggi
Mereka kena buat sesuatu untuk “release THE steam”

Mata aku tetap tak boleh tidur
Tak boleh nak tidur bukan sebab bisingnya hal rempitan di luar sana
Dalam meeting pun aku boleh tidur bila kepala sudah tenang
Aku memikirkan bagaimana mahu puaskan hati mereka orang muda
1,000 orang tua mungkin mampu menggoncang sebuah bukit kecil
Tetapi, 10 orang pemuda terpilih boleh menggoncangkan dunia

Tetapi sekarang dunia Malaysia hebat digoncang dan digincang
MH-370, MH-17, AirAsia QZ850… dan entah apa lagi yang sudah dirancang
Harga minyak mentah pula sudah turun menjunam
Ingatkan itulah punca pendapatan utama nak bayar hutang

Wahai anak muda gunalah tenaga mu kearah yang bermanfaat
Aku tetap tak akan boleh tidur jika kalian terus merempit
Bukan kerana bunyi bising yang bingit
Tetapi bagaimana melepaskan bangsa kita yang kian terhimpit

Terhimpit di tanah air sendiri
Apa mungkin benar pepatah keramat ini?
- Itik mati dahaga di dalam parit
- Ayam mati kelaparan dikepuk padi

Mata aku tetap tak boleh tidur

Anak gadis bertudung menjadikan pemuda lembut K-POP sebagai penghibur
Ibu-bapa mereka terlalu sibuk bekerja dan mencari peluang untuk melabur
Ingatlah saudaraku akan firman Allah dalam Surah At-Takasur

“Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan dengan sebanyak-banyaknya. Sehingga kamu masuk kubur.”


Mata aku tetap tak boleh tidur
Bangsa ku berpecah
Dari sudut teori semuanya mahu bersatu
Masalahnya…

Yang itu kata, “ boleh, tapi hang kena ikut cakap aku”
Aku pun serupa… hang nak bersatu dengan aku, haa… kena lah dengar cakap aku
Last-last hang cakap, aku cakap tak ada apa pun berlaku
Perpecahan bangsa terus dok lagu tu
Seronoklah “orang lain”, nanti ikut suka hati depa saja siapa yang depa nak luku

Mata aku tetap tak boleh tidur
Orang kata rasuah merata-rata
Bila aku tanya jawapan depa semua OK belaka
Depa kata tu SPRM dok buat kerja

Kalau tak percaya tengok dalan FB page depa
Sana tangkap sini kena

Tapi ada juga aku dengar driver lori kata
“Kalau hang nak pi dari Alor Star ke Johor Baru
Hang kena siap sedia ratusan kalau tak beribu

Bagi kat “dia” di area KL RM100 sebab bawa barang berat terlebih,
Dia kata, “eh bro… ini KL lah, hang ingat sara hidup sini macam kat Perlih?”

Mata aku tetap tak boleh tidur
Melihat balak dudok kat atas jalan raya
Sebelum landing balak-balak ni sudah rempuh jambatan dan rumah
Dengan selamba ia meruntuhkan apa yang menghalang

It takes thousands of years for the forest to produce that kind of lumber
But in just few years, the forest has gone GONDOL
That's why some people said - you must know what's your goal
When you play it right, you can convert a forest into tons of GOLD

Ada orang kata, “lesen diberi untuk 200 ekar
Tapi depa balaih sampai dekat seribu”
Pengusaha pulak siap pasang samseng
Siapa tak mahu “terima” dia kena “serbu”

Yang kuat iman tak mahu subahat terima “benda tu”
Dia pun cabut pergi cari kerja baru

Legalah … hutan ni kononnya gomen punya, tapi “aku” boleh buat suka hati aku…
Dari kepala sampai tukang korek fail, semua kaki sapu
Kalau tak percaya pergilah berkampung di pejabat-pejabat “tertentu”
Bandingkan cara dia layan “mereka” dengan orang kita

Siap boleh tanya, “raya sudah mau sampai, ang pau ada ka?”
Dijawab pula oleh “mereka”, “tunggu CNY mesti ada punya”

Oh … sungguh murah rupanya nilai peribadimu
Seronok ka bagi anak-bini makan dari hasil yang macam tu?

Dulu lembu kena cucuk hidung
La ni pun kat kawasan kampung masih ada lagi
Manusia pula dia pi cucuk mesin ATM
Bulan-bulan tak perlu sentuh gaji

Yang jenis ni agak-agak dia mahu tak untuk bersatu?
Bersatu akan ada kesan pada income
Bila semua transaksi kena betul-betul ikut buku
Inilah pagar-pagar padi yang menjadi api dalam sekam

Lepas banjir besar ni macam-macam idea dikeluarkan
Ada yang suggest kat aku supaya buat kajian untuk “Sustainable Development”

Ait … selama bertahun-tahun ni sudah jutaan duit R&D yang ditaburkan
Hairan juga… kenapa, belumkah ada “the real result” lagi?
Bukan ratusan tetapi ribuan kertas kajian saintifik ada dipublishkan
Hasil semua R&D tu real ke atau cuma syok sendiri?

Atau pun… ada yang sudah nampak
Banjir satu masalah yang mendatangkan berbagai peluang
Inilah masanya untuk membuat justifikasi dan impak
Silap, aku pula dah umumkan kat TV yang R&D ini untuk elak dari musibah yang sama dari berulang.

Pesan Luqman kapada anaknya:
Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit.
Tapi tidak pernah ku rasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.

Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan.  Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang.

Sekian coretan malam minggu ........... jumpa lagi.
Selamat tidur dengan nyenyak bebas dari nyamuk dan bunyi rempitan motor.

Lihat artikel berkaitan - klik pada tajuk:

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.