Makcik Berwajah Awet Muda Gebu Anggun Menawan - CrazyDuck -->

Header Ads

Makcik Berwajah Awet Muda Gebu Anggun Menawan

Pedulikan itu semua. Aku beli kereta ni dan guna ubat ini bukan nak minta pujian. Pujian tak ku pinta, kejian tak ku suka. Orang nak kata apa, itu hak mereka.
“Anis pergi dulu ya mak… lambat nanti takut sampai lewat ke bengkel dan jalan jem pulak waktu balik nanti.”  Anis memberi tahu ibunya.

“Ya lah… balik nanti jangan lupa beli ikan talang kering, esok nak buat kari ikan kering kesukaan kamu tu.”  Anis mengangguk dan berjalan ke pondok bas di hadapan rumahnya.

“Ha… inilah orangnya yang memperkenalkan saya kepada ubat ni”, Puan Hasmah menyambut ketibaan Anis.  Bersamanya seorang perempuan berumur dalam lingkungan lima puluhan.

“Kenapa kak… kereta saya nampaknya macam dah siap.”

“Ya-ya… kereta adik dah siap.”

“Ini Puan Ainon, dia pun pakai ubat yang sama yang adik rekomen pada akak.  Akak order semalam, tadi tengahari dah sampai.  Kebetulan stokis tu lalu di kawasan ni, so dia singgah.  Puan Ainon ternampak kotaknya kat kaunter tu.”

“Assalamu’alaikum Puan Ainon.  Nama saya Anis.  Dah lama ke Puan amalkan ubat ni?"

"Saya baru 2-3 minggu ni pakai, macam serasi dengan kulit saya.  Kulit Puan sungguh cantik… awet muda.  Puan hantar kereta untuk repair juga ke?"




Ardini-Essentials-Rawatan-Jerawat-Jeragat-Muka-Gebu-Licin-Menarik
“Saya bersama suami… dia kat luar tu.  Entah apa kena dengan kereta, tu yang singgah kat bengkel ni.  Sambil duduk-duduk tadi saya ternampak kotak ubat tu… saya minta nak tengok dari Puan Hasmah ni… rupanya ubat yang sama yang saya amalkan sejak beberapa bulan ni.  Saya puas hati.  Berbaloi, hasilnya bagus serasi dengan kulit saya.”

“Ya lah… memang nampak serasi dengan Puan.  Kulit wajah Puan nampak sangat segar.  Mudah-mudahan serasi juga dengan kulit Puan Hasmah”, jawab Anis.

“Mudah-mudahan macam tu lah.  Saya yakin.  Sebab ramai kawan-kawan sepejabat dan jiran saya yang pakai ubat ni.  Ada juga satu-dua yang mencuba tetapi tak serasi, tapi kebanyakannya berpuas hati dan menjadikan ubat ni sebagai sesuatu yang wajib sentiasa ada”, sambung Puan Ainon.

“Ini bilnya… semua sekali RM2,800.00.  Spare part lama yang diganti ada dalam plastik kat tepi kerusi tu – ambil lah.  Akak bagi diskaun RM100… kalau ubat tu menjadi, lain kali adik datang akak bagi diskaun lagi.”

“OK… terima kasih kak.  Puan Ainon, saya minta diri dulu ya.”

Anis menghidupkan enjin keretanya.  Dia meneliti bahagian yang bercalar semalam.  Hatinya puas.  Nanti adalah orang yang membandingkan kecantikan keretanya dengan wajahnya. 

“Aahhh… pedulikan itu semua.  Aku beli kereta ni dan guna ubat ni bukan nak minta pujian.  Pujian tak ku pinta, kejian tak ku suka – orang nak kata apa… itu hak mereka.”  Anis berbicara sendirian.

Enjin yang semalamnya bergegar sudah stabil dan bunyi enjin sangat perlahan – tiada lagi semput-semput.  Dia menekan-nekan pedal minyak… deruman exhaust sangat menerujakan.  Dia senyum sendirian.

“YES… YES... YES…” Anis menggengam dan menghayun-hayun tangannya.  Hatinya sungguh puas.

“Agaknya kalau aku belikan ubat ni untuk mak, kulit mak pun boleh jadi macam kulit Puan Ainon tadi.  Rasanya Puan Ainon dengan Mak umur mereka sebaya dalam lima puluhan.  Tapi kulit wajah Puan Ainon jauh lebih baik dan kelihatan muda.  Kalau dengan aku serasi, dengan mak pun mesti serasi juga.” 

Anis mengelamun sewaktu dalam pemanduan pulang.  Dia mahu membahagiakan ibunya.  Niatnya hanya kerana Allah.  Begitulah sikap Anis… apa saja yang dilakukannya dia selalu ingat akan sang PENCIPTA.  Hati mau baik, setiap kerja mau ikhlas, setiap sumbangan diberikan dengan ihsan.  Setiap usahanya diiringi dengan doa meminta petunjuk dariNYA.

Anis sungguh merasa bahagia.  Tidak beberapa hari lagi dia akan memulakan pekerjaannya.  Azim akan menghantar rombongan rasmi untuk meminangnya.  Sampai dirumah dia terus melakukan solat sunat syukur akan kemurahan rezeki yang diterimanya.

“Eh… bila kau sampai… tak dengar bunyi kereta pun.  Alih-alih kau dah selesai solat.  Mak kat dalam bilik tadi, tertidur kejap.”

“Tak apalah mak… Anis kan ada kunci pintu.  Anis tak mau ganggu mak.  Ikan talang kering yang mak pesan tu Anis letak kat atas meja di dapur.”

“Mak cubalah pakai ubat Anis ni… habis nanti Anis beli lagi.  Bukan mahal sangat pun.  Berbaloi.  Tadi Anis jumpa seorang makcik ni kat bengkel… Anis agak dia dengan mak sebaya umur.  Dia dah lama mengamalkan ubat ni, katanya sangat serasi dengan kulit muka dia.”

‘Baiklah… nanti mak cuba.  Ikan kering tadi kalau besar-besar potongannya… mak nak kecilkan.  Terung… ya terung, kau lapang nanti pergi petik 2-3 biji kat pokok tu ya…”, pesan Mak Eton sambil berlalu ke dapur.

Anis terlelap selepas mengambil 2 biji buah terung hasil tanaman ibunya.  Dia juga mengutip beberapa biji buah tomato yang sudah masak ranum.  Dia mahu membuat air asam (jelatah) dengan buah tomato itu.

Anis mengimpikan kehidupan penuh bahagia bersama ibunya dan Azim.  Dia telah melakukan segala yang terbaik yang termampu olehnya.  Azim pula sudah melepasi ujian kecekalan dan sedang mengharungi fasa kejayaan, sudah bersedia untuk berkahwin dengannya.

Sewaktu melelapkan mata berbaring di atas sofa, Anis sempat mengimbau kembali rutin mengelilingi kereta idamannya setiap kali pergi dan pulang dari kuliah.  Kini dia memiliki kunci kereta yang sama.  Dia sangat bersyukur akan kemurahan rezeki yang diterimanya.

Sambil berbaring itu dia sempat berzikir dengan doa sehinggalah matanya terlelap. “Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba'da idzhadaitanaa wahab lanaa min ladunka rahmatan innaka antal wahhaab.”

"Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah mendapat petunjuk, berilah kami kurnia. Engkaulah yang maha pemurah."

Artikel berkaitan – klik pada tajuk untuk membaca:
6. Makcik Berwajah Awet Muda Gebu Anggun Menawan

Jangan tak LIKE yer...

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.