Ini Kerja Banyak Kotor Laa Kawan - CrazyDuck -->

Header Ads

Ini Kerja Banyak Kotor Laa Kawan

Tiada Sentimental Dengan Harta Yang Tidak Sah

Ah Matt sudah mantap dengan keputusan untuk menjual motor Harley Davidsonnya.  Ah Bee sudah bersetuju untuk membeli dan menjualnya semula sambil membuat keuntungan.
harley-davidson-motocycle
Gambar: Harley Davidson www.motorcycle.com
Tentang harga, mungkin Ah Matt boleh ditawarkan sejumlah yang dia masih boleh buat untung selepas menjual motor itu nanti. 

Dan Ah Matt tidak terasa yang dia mengambil kesempatan.
.
Setelah berbincang sekejap, Ah Matt dan Ah Bee bersetuju mengenai harga motor itu.
 
Ah Bee dengan jujur berkata dia perlu buat untung dari pelaburannya membeli motor Ah Matt.


Ah Matt pula merasa harga yang ditawarkan oleh Ah Bee berpatutan. Dia sedar tentang harga pasaran bagi motornya itu.

Biarlah kawannya buat untung sikit. Ah Bee sudah membantu memudahkan penjualan motornya.  Lagi pun semua wang itu nanti akan disalurkan kepada badan amal.
.
Ah Bee yakin boleh membuat untung dan Ah Matt merasa lega.  Kedua-dua mereka merasa menang dan berpuas hati. 

“Biarlah kegiatan ‘kerja sampingan’ yang sudah aku tinggalkan ini menjadi rahsia hidupku sahaja.  Biar pun apa yang berlaku,” Ah Matt memecah kebisuan bila Ah Bee seolah-olah sedang melayan apa yang ada dibenak fikirannya.

Bukan Mudah Untuk Membenci Amalan Rasuah

Ah Matt sebenarnya sudah mempunyai perasaan benci terhadap kerja mengambil rasuah. Ia diibaratkannya seperti merompak. 

Dalam hatinya dia boleh melepaskan pesalah dengan menerima imbuhan. Tetapi kenapa dia tidak boleh melepaskan mereka dengan ihsan dan keikhlasan?  

Kenapa mesti mencuri duit dari mereka? Aku sudah punya gaji dan elaun yang halal.  

Apa yang aku mahu buktikan kepada dunia?  

Bila aku punya berlebihan orang akan kata aku kaki rasuah.

Seronokkah? Didepan orang puji dibelakang orang maki.

Tapi ini hanya disimpannya dalam hati.  

Dia tahu apa pun yang dikatakan kepada Ah Bee dan kawan-kawan yang seangkatan yang jenis kaki rasuah, mereka tidak akan mendengar. 

Biarlah mereka meneruskan cara mereka. 

Aku dengan cara tekad aku.  Aku mahu hidup dengan rezeki yang bersih dan halal.  Begitu bisik hatinya lagi.

“Terima kasih”, ringkas sahaja balasan dari Ah Bee mengandungi nafas kelegaan.

polis-makan-rasuah

Orang Baik Suka Kawannya Buat Untung

“Ok, ini duitnya.” Ah Bee menyerahkan sampul surat mengandungi wang yang dijanjikan. 

Secara berseloroh Ah Matt mencelah, “Aku masih ingat sampul yang kau bagi selepas pertama kali aku ikut kau buat tangkapan.”  Dia tidak membuka sampul tersebut.



Kedua mereka tertawa kecil mengenangkan peristiwa silam itu.  Beberapa minit kemudian mereka berpisah membawa haluan sendiri.

Sebelum pulang Ah Matt berhenti di satu kawasan peranginan.  Terdapat air terjun di situ.  Dia turun menuju ke satu lurah yang airnya agak cetek. 

Dia bertenggek di atas batu. Merendamkan kakinya di situ sambil menikmati deruan air. 

water-fall-air-terjun
Suasana sungguh menenangkan dan air yang dingin itu cukup menyegarkan.

Ah Matt tidak menyangka Ah Bee membayar dengan tunai harga motornya.  Jumlahnya pula melebihi apa yang dijangkakan.  

Dia berfikir bagaimana untuk mengagihkan wang itu kepada beberapa badan amal. 

Masalahnya ialah, wang itu bukan dari sumber bersih dan tidak boleh diniatkan untuk sedekah. 

“Tak apa, nanti aku cek pada Ustaz atau siapa-siapa yang layak.  Nasihat dengan nas-nas dan dalil yang kukuh”, fikirnya.

Tidak timbul rasa sesal atau sentimental terhadap motor yang sudah berpindah tangan itu.  Malah Ah Matt berasa teramat lega.  Selagi motor itu bersamanya kenangan melakukan “kerja sampingan” amat payah mahu dilupakan. 

Malah adalah mustahil.  Kerana gaya hidup dan kos yang perlu disokong.

Banyak Organisasi Persendirian Yang Memerlukan Dana

Ah Matt membuat carian di Google dan juga di Facebook.  Hanya dengan memasukkan katakunci maahad tahfiz, begitu banyak sekali nama yang keluar.  Itu belum lagi rumah anak yatim atau pun sekolah agama rakyat.

Dari carian yang ditemuinya, dia mengumpulkan nama-nama dan juga akaun bank beberapa organisasi yang giat membantu masyarakat dan memerlukan dana tambahan. 

Secara senyap dia memasukkan wang yang diterima dari Ah Bee ke dalam akaun-akaun tersebut.  Maka tiada siapa yang tahu dari mana dana itu datang.

Dia mengharapkan perjalanan hidupnya terus tenang. Walaupun hanya bergantung kepada gaji bulanan tanpa ada lebihan dari pendapatan sampingan.

Kebahagiaan yang mahu dikecapinya tidak tercapai seperti apa yang disangkakan. 

Harta dan wang ringgit yang berlebihan bukan penentu dan ukuran kebahagiaan. Malah apabila tersalah urus-atur boleh mendatangkan mudharat.

Maka benarlah bahawa ujian dikala bermewahan itu lebih susah untuk ditangani berbanding ujian yang didatangkan dengan musibah atau kekurangan harta. 

Kerana apabila kita bersyukur tiada istilah miskin atau susah kerana Allah sentiasa memberi kecukupan.  Kini Ah Matt sedar dia tidak perlu menjadi jagoan lagi. 

Egonya tidak perlu dituruti. Tiada faedah hanya memakan diri dan keluarga.

If you got value from this post feel free to share. Meh tekan butang LOVE ni.


2 comments:

  1. Ithink this is one of the mos vital info for me.
    Andd i'm glad reading your article. But should remark on some general things, The
    web site style is perfect, the articles is really greatt : D.

    Good job, cheers

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.