Sampaikan Pada Pembaca Apa Yang Mereka Mahu - CrazyDuck -->

Header Ads

Sampaikan Pada Pembaca Apa Yang Mereka Mahu

Barang Baik Letak Di Tempat Atau Pada Masa Yang Betul Baru Ada Nilai

Tip yang ini kalau kamu boleh praktikkan, kamu boleh dapat berpuluh atau 100+ kali ganda jumlah trafik. Sampaikan pada pembaca apa yang mereka mahu bukan apa mahu mu.

Mak ai. 

The best speech ever by Dr. Martin Lutrher King. But what if there was no audience? Credit inside the picture.

Aku nak dapat ratus-ratus like & share pun sakit, inikan pula nak dapat ratusan kali ganda. Tak apa biar aku dengar jer apa yang Cikgu ni nak cakap.

“Kamu pernah dengar Fenomena Martin Luther King? Tu Pak Itam yang bagi speech bertajuk I have a Dream.”

“Ada.” Aku jawab ringkas.

“OK… kamu dah tau pasal tu senang sikit aku nak cerita ni.”

“Ni… gambar dia bagi syarahan depan 250,000 orang, kat Lincoln Monument pada 28 Ogos, 1963.”

1963? Fuiyoo... aku pun tak da lagi kat dunia nih.


“Kamu tahu, hari tu bukan saja dia bagi syarahan paling best dalam sejarah. Tapi isi kandungan speech dia tu telah mengubah manusia yang mendengar, selama-lamanya."

"Pakat menangis habis. Semangat depa jadi satu macam. Freedom punya hal.”

“Tapi kan… cuba kamu bayangkan pulak scenario kedua ni.”

“Katakan sewaktu dia pergi ke Lincoln Monument tu, satu batang hidung manusia pun tak nampak. Dan dia tetap juga bagi syarahan yang sama. Syarahan terbaik punya.”

“Apa jadi?” Cikgu berhenti tarik nafas sekejap dan bertanya soalan kat aku.

“Tak jadi apa lah. Senyap sunyi dan hanya dia seorang saja yang terpekik terlolong. Apa response pun tak da.” Aku menjawab.

“Pandai pun.”

“Makanya… tak kiralah kamu punya penulisan tu bagus ke tak bagus ke, kalau tak ada siapa yang membaca… tak akan ada nilai."

"Cari tempat dan ketika orang berkumpul, buatlah bising sikit. Akan ada yang mahu mendengar. Kalau teruk sangat kamu kena perambat, tu jer.”

Heh… mendalam sungguh contoh yang dia bagi ni.

Ya… aku faham. 

Maksud dia aku kena tahu siapa audience dan bila time dia orang nak membaca. Dan macamana nak sampaikan penulisan aku kat dia orang. Methods of delivering. Macam-macam cara ada.
--------------------------------------------------------------------
Korang ada masalah trafik di media sosial lebih kurang sama macam aku? Ada buat kesilapan dalam penulisan korang? 

OK, meh tengok tips no 10 sampai 13 apa kesilapan yang perlu dielakkan.

Pasal kesilapan yang Cikgu aku ni share dari pengalaman dia yang sudah-sudah.

10. Tidak Menggunakan Data Perangkaan


Sekiranya kamu tidak memahami apa yang berkesan atau sebaliknya, kamu hanya akan membuang masa dan kehilangan peluang perniagaan yang besar.

Guna data dan statistik sebaiknya. Buat keputusan berasaskan data bukan hanya sekadar rasa-rasa.

Atau kira nak hentam main “jalan terus” saja. Memang terus jalan laa. Tekan Cikgu lagi.

11. Tidak Memikirkan Secara Strategik Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Posting

tarik-minat-pembeli-reinvent-the-motorbike-using-rattan
Gambar: Ceek Juara - Seni Rotan

Cikgu sukarela aku ni memang sudah banyak buat silap. Dia kata kat aku “kamu tak payah buat silap dah.”

Orang dah buat tayar tu bulat, tak payah nak tukar bentuk lain. “No need to reinvent the wheel” Omputih kata, sambil dia berseloroh.

“Kemaskan reka-bentuk rim kasi cantik dan jual mahal-mahal”, sambil menuding jarinya kepada “sport rim” keretanya.  

Aku angguk saja... dalam hati, “Kereta mewah itulah hasil dari kesilapannya yang banyak tu.”
.
nice-sport-rim-by-corvette
Corvette with nice sport rims.

Cara terbaik untuk melihat waktu yang sesuai bagi menghantar paparan ialah dengan cara percubaan. 

Lihat pada data analytic (untuk personal FB tidak ada). Ia memberikan statistics masa yang sesuai.  Contoh analytic ialah seperti di bawah.

audience-pembaca-masa-peak-dan-lembab

“Kalau kita tidak tahu waktu mana jalan kosong bagaimana kita nak speed kaw-kaw punya?” 

“Bila kita tidak tahu waktu bila jalan jam bagaimana kita nak mengelakkan kesesakan jalan?”

“Untuk perniagaan, trafik yang sesak sangat bagus – banyak peluang untuk menjual. Trafik kosong tidak akan ada pelanggan.”  

Selambe saja Cikgu aku menjeling ke arahku kerana dia tahu aku seorang kaki pecut & menyelit. Tak suka buang masa dan selalu ada “sense of urgency.”
.
on-the-rush-to-get-readers-pembaca-article

Maka perlulah tahu bila masa yang sesuai, kata Cikgu lagi … “Hmmm betul sangat lah … nak kata apa lagi”, bisik hati ku.

Jual goreng pisang kat hutan yang tak ada trafik, beruk dan monyet sajalah yang ada. Tapi kalau jual pada hari minggu kat hutan tempat perkhemahan, sangat besar kemungkinan ramai pengunjung.

12. Terlalu Banyak Posting & Content Yang Sama


Banyak atau terlalu banyak paparan tidak sama kesannya dari sudut perniagaan dan industri yang berlainan.

Perlu membuat bancian atau kaji selidik mahupun membuat percubaan untuk menilai sekerap mana pembaca atau pengikut mahu mendengar apa yang mahu kita katakan. 

Terutamanya jika kandungan posting itu mempunyai mesej yang sama dan serupa cara penyampaiannya.

Menjemukan dan nampak desperado. Pembaca juga mungkin terasa diperbodohkan kerana kerap sangat kena tujah dengan mesej yang tidak berbeza.

Data analytic akan membantu kita melihat apa perlu mesej yang sama diulang-ulang untuk mengelakkan dari kebosanan pembaca. Ulang itu baik dan boleh, tapi pilih jangka masa yang sesuai untuk siaran semula.

Namun perlu diingat, “Paparan kamu di Facebook tanpa iklan akan hanya dilihat oleh kurang dari 10% pengikut. Ini kerana FB mahu menjana pendapatan dari iklan”, jelas Cikgu.

Tetapi ada ramai yang pandai mendapatkan banyak pembaca. Antaranya paparan (content) yang sedikit berbeza tetapi membawa mesej yang sama (tersembunyi). Ini supaya pembaca tidak bosan.

Selitan jenaka boleh membantu menceriakan pembaca yang stress. Membolehkan mereka tersenyum lalu mungkin terpikat dengan cara penyampaian kamu.

Terlalu teknikal atau terlalu menjurus kepada “how to” yang detail, orang tidur atau dia orang click away saja.

Rugi!!!

Ikan sudah masuk bubu terlepas pula. Pembaca merasakan kamu seperti mahu mengajar dan menganggap dia (si pembaca) tak tahu mender (apa-apa).

Aduuuhhh… aku serius punya orang, teknikal punya minded… silap haribulan buat lawak jadi bangang pulak.

Terus pembaca meluat.

Tak apalah… aku akan cuba ikut nasihat Cikgu. Lama-lama pandailah.

13. Tidak Kena Gaya


pictures-dan-gambar-boleh-tarik-pembaca
Pisang kaki atau tangan? Creative eh?
Gambar: Architecture & Design

Kata Cikgu juga, amat penting kita tunjukan @ tonjolkan sikap kemanusiaan dalam media sosial. 

Bukan pula ianya bermaksud menceritakan keburukan atau hal-hal negative tentang orang lain. Juga bukan bermaksud melepaskan geram tidak tentu pasal. 

Itu kesilapan besar kalau dibuat. Kaki jiwang yang emosi tak stabil. Boleh memberi negative vibes. Kalau diFacebook boleh kena unfriend terus.

Penutup Bahagian Ini

Cerita ni tak habis lagi. Sambungannya kat sini: “Tak Ada Trafik Ubah Cara Penulisan Tarik Pembaca

Aku harap part ni ada juga manfaat pada korang. Key pointnya, bila tak ramai pembaca maka korang sebagai pemilik blog akan dilanda sunyi meroyan sendirian.

Kalau tak sempat nak baca sambungan, bookmark dulu page ini.  Senang nak masuk semula nanti, ek.

⇓ ⇓ ⇓ Dan mohon tekan LIKE kat bawah ni ya. Butang share ada kat tepi dan atas sekali. Thanks!!!

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.