Orang Makan Gaji Pun Boleh Menasihati Usahawan - CrazyDuck -->

Header Ads

Orang Makan Gaji Pun Boleh Menasihati Usahawan

Mindset orang makan gaji dengan usahawan (entrepreneur) sering dikatakan tak selari. Usahawan boleh saja menerima nasihat tidak kira dari siapa. Yang penting isi nasihat itu bukan dari mana puncanya.

Nasihat Pelanggan Untuk Teruna Malang

Mindset orang makan gaji dengan mindset seorang usahawan (entrepreneur) sering dikatakan tidak selari. 

Bukan itu yang nak dibahaskan di sini tapi sekadar mengambil iktibar dari kisah benar. 

Usahawan boleh menerima nasihat tidak kira dari siapa. Dari orang makan gaji atau juga usahawan lain. Yang penting isi nasihat itu bukan dari mana puncanya.

Berikut adalah sambungan dari kisah lalu bertajuk “Malang Saya Malang Bernama.”

Apa Ada Pada Nama Yang Malang Itu

“Perkataan malang tu pula sebagai semangat untuk saya tidak berada dalam suasana malang selalu. Nasib boleh diubah dengan tindakan bukan dengan menunggu.”


“Satu lagi, ada seorang pelanggan pernah datang. Dia tanya ini warung Nasi Lemak Teruna Malang ke?”

“Saya cakap, ya.”

“Tanpa banyak songeh, dia pun terus borong semua nasi lemak yang ada. Katanya ada program disebuah masjid. Pastinya dia mendengar cerita orang tentang saya yang Malang, he he he.”

“Sambil sedekah kat program tu dia support dengan membeli nasi lemak saya. Tak apalah kalau nama ni menimbulkan rasa kesian orang pada saya. Itu pun rezeki yang berkat juga.”

“Wah… seronok dengar cerita kau ni Eddy. OK lah tu… “

“Apa lagi yang tak cukupnya sampai kau datang sini nak tanya pendapat Abang?”

“Abang kerja makan gaji dengan Gomen jer pun, mana tahu sangat tentang selok-belok bisnes.”

Nasihat Orang Makan Gaji Kepada Orang Bisnes

“Sebab Abang bukan orang bisneslah saya perlu tanya pendapat Abang. Tanya orang business, tak ada chance saya nak cakap panjang lebar bercerita macam ni.”

“Kena lecture berkoyan dengan dia orang boleh lah. Semua yang saya buat tak betul pada mata dia orang.”

“Siap bagi carta Business Model Canvas dan Road Map to Success lagi. Atau pun macamana nak guna ayat Copywriting Power punya.”

“OK… tapi apa yang kau nak Abang nasihatkan atau bagi pendapat?”

“Sebagai pelanggan yang sudah dikatakan tetap, Abang mesti ada sesuatu yang Abang nak, kan?”

Orang-Makan-Gaji-Pun-Boleh-Menasihati-Usahawan
Gambar Hiasan: http://ceoworld.biz/2014/03/18/ 
“Macam saya, saya dah jadi pelanggan tetap kepada beberapa pembekal yang saya beli bahan mentah.”

“Saya suka bila diberikan special treatment. Maka saya terus tetap jadi pelanggan dia orang.”

“Pembekal bukan satu dua. Ramai. Macam tu juga dengan nasi lemak ni. Merata-rata ada oang jual.”

“Kalau saya tutup pun bukan ada yang nangis. Tapi kalau tak ada pelanggan… saya lah yang akan nangis.”

“Jadi saya kena jaga pelanggan sedia ada dan juga bakal pelanggan yang semakin hari terus bertambah.”

Nasihat Dari Pelanggan Yang Terkecewa

“Senang cerita, apa yang Abang rasa kecewa dengan cara saya handle bisnes ni? Kualiti nasi lemak, saya rasa dah OK.” Eddy menyambung celoteh sambil bertanya meminta nasihat.

“Kecewa sangat tu tak adalah. Cuma ralat sikit minggu lepas. Sampai warung kau nak beli dah habis sebab kena borong.”

“Tapi pun, kalau 3-4 kali pergi lambat sikit dah habis sebab asyik kena borong lama-lama Abang akan lupa dengan nasi lemak kau ni. Deria rasa gian akan hilang.”

“Dari ralat jadi kecewa.”

“Asyik habis saja tak sempat beli akan timbul difikiran Abang.” 

“Baik tak payah pergi warung Nasi Lemak Teruna Malang. Terutama bila dah agak lewat. Kalau nak juga mesti kena pergi awal-awal.”

“Maka kau pun hilang lah pelanggan tetap macam Abang ni.”

“Mungkin kau boleh buat sesuatu. Ini kerana bisnes kau dah semakin mantap dan semakin ramai yang suka-suka borong tak peduli pada orang lain yang lambat. First come first served.”

“Haa… macam ada idea menarik ni. Saya nak dengar, bang.”

“OK… maksud Abang ialah supaya tidak mengecewakan pembeli-pembeli sebungkus dua dan picisan macam Abang ni.”

Elak Mengecewakan Pelanggan Picisan

“Kejap… nak fikir dan aturkan idea. I am just thinking out loud jer ni. Boleh pakai ke tidak kau tengoklah.”

“Erm… apa kata kau kumpulkan maklumat dan data base pelanggan kau yang kaki borong tu. Juga mereka yang sekali sekala buat jamuan di masjid atau sekolah.”

“Lama-lama akan timbul satu trend permintaan. Bila masa tinggi dan bila masa rendah. Tapi ini akan mengambil masa yang lama. Dan kau kena buat setiap hari kumpul data ni.”

“Bila sudah kenal pasti siapa yang kaki borong, kau boleh buat jadual permintaan.”

“Kau confirm dengan dia orang yang kaki borong ni bila masa nak borong. Kau bagi lah special price ke atau some freebies. Sebagai tanda terima kasih.”

“Maksudnya, bila ada hari yang kaki borong datang, kau buat lebih. Masa berniaga kau sama juga. Masa memasak dan penyediaan pun lebih kurang jer.”

“Maka tak ada lah kau nak cakap… maaf dah habis lah.”

“Kemudian customer tu tarik muka kecewa. Sambil diam dia akan membebel… nak berniaga buatlah cara nak berniaga. Ini kejap ada kejap tak ada. Malas lah aku nak datang lain kali.”

“Kau pun dah cakap tadi: Selain dari kerja kuat, nasib saya akan bertambah baik bila sentiasa ready standby bersedia at any time all the time.”

“Makanya, bila ada hari orang buat pembelian borong pembeli biasa pun masih boleh dapat apa yang dia orang nak.”

“Sale kau pun melonjak.”

“Tapi kerja kau cuma extra sikit saja untuk buat jumlah bungkusan yang lebih tu.”

“Hmm… baik idea Abang ni. Terima kasih. Saya akan buat macam cadangan Abang tu.

Ikuti sambungan seterusnya apa Eddy akan buat. Klik pada tajuk berikut: “Pelanggan Picisan Boleh Bertukar Menjadi Pelanggan Besar.”
Sebelum pergi tu kasi LIKE lah seketul, eh? Terima kasih!!!

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.