Pelaburan Mesti Mau Untung Walaupun Dengan Kawan - CrazyDuck -->

Header Ads

Pelaburan Mesti Mau Untung Walaupun Dengan Kawan

Dia nampak jelas peluang membuat untung dari pelaburan ini. Ada seorang kenalan barunya yang berminat dan sedang mencari motor besar dari jenis terpakai. Pastinya dia suka Harley Davidson ini.
Harley-Davidson-motorcycle-www.examiner.com

Sudah Tiada Keterujaan Dengan Motor Besar

Pelaburan, tidak kira dalam apa jua bentuk atau dengan siapa. Selagi namanya pelaburan, akan ada keuntungan yang diharapkan. 

Untung, samada dalam bentuk wang ringgit atau faedah intangible yang mengarah kepada penjanaan wang ringgit juga akhirmya.

"In investing, what is comfortable is rarely profitable." - Robert Arnott
"An investment in knowledge pays the best interest." - Benjamin Franklin

Pulang dari masjid, Ah Matt menerima panggilan telefon dari Ah Bee yang mengajaknya mengikut gerombolan motor besar ke Pulau Pinang.


Baca episod terdahulu: Beban Dosa Lalu Seperti Diangkat.

Ah Matt secara spontan menolak pelawaan itu dan berkata, “Eh Bee, aku ingat nak jual lah Motor Harley Davidson aku ni.”  

“Ha? … Apa hal dengan kau ni Matt?” tanya Ah Bee terkejut.  


“Nanti kita jumpa aku cerita, boleh?” Tanya Ah Matt."  


Ah Bee bersetuju dan mereka terus berbual tentang hal lain.

Keesokannya mereka bertemu dipinggir sebuah tasik.  Ah Matt menceritakan kisahnya. 


"Tidur aku selalu terganggu.  Bayangan arwah ayah aku sering muncul.  Aku sudah berazam nak berhenti dari kerja “sampingan” ni – walaupun banyak duit tapi aku rasa sangat berdosa."

"Dosa dari kejadian kepada orang awam akibat rasuah."

log-carrying-truck-heavily-over-loaded
Gambar: FB Mohd Iqbal Abdullah
a-Honda-car-being-crushed-by-fallen-logs
safety-requirement-relaxed?
Gambar: FB Jones Jangkat
"Walaupun ianya tidak secara langsung tetapi kesannya ada. Apa gunanya undang-undang sekiranya ia tidak berkesan untuk keselamatan rakyat."

"Hidup aku tak tenteram dan hidup aku tak bahagia. Anak-anak aku pun macam dah tak hormat dengan aku, tak macam dulu-dulu."

"Dulu… semasa aku belum terlibat dengan kerja sampingan ini."

"Sekarang dia orang makan dari sumber duit yang tak halal ni.”

Ah Bee terdiam seketika mendengar luahan hati Ah Matt. Sejak berkawan rapat dengan Ah Matt dia mengenal siapa Ah Matt sebenarnya. 

Baginya Ah Matt seorang kawan yang baik, boleh diertikan sebagai sahabat. Hanya dia terpesong oleh keghairahan untuk memenuhi kehendak egonya.  

Sekarang dia kelihatan seperti orang yang sudah sedar akan dosa yang dilakukan.

“Aku menghormati hasrat kau tu Matt.  Cuma, kalau boleh aku nak minta satu je sebelum kau betul-betul meninggalkan kerja sampingan ini dan group motor kita ni.” Ah Bee memecah kebisuan.  

“Baiklah … bagi tau aku apa permintaan kau tu”, pantas Ah Matt menjawab.

“Macam ni … aku rasa elok kalau kau join trip kita ke Penang.  Sekurang-kurangnya kau boleh bagi tau pada dia orang yang kau dah tak nak aktif dengan aktiviti bermotor ni lagi."


Motorcycle-gang-with-lots-of-powerful-bikes
Gambar hiasan: CEO Samad Kinto Men's Serum
"Hubungan kau dengan dia orang pun akan terus subur, tidaklah tiba-tiba senyap macam tu saja.”

"Dan lagi satu, tentang aktiviti kerja sambilan yang kita buat selama ni, aku harap kau tak bocorkan pada sesiapa.”  ringkas permintaan Ah Bee.  


Ah Matt mengangguk tanda setuju kemudian mencelah, “Itu dua, bukan satu permintaan.”  


"Ye lah ... kau setuju kedua-duanya kan?" soal Ah Bee.  


Ah Matt terdiam sebentar. Dia memikirkan sesuatu.

Walaupun Dengan Kawan – Pelaburan Mesti Mau Untung

“Semalam aku bagi tau kau yang aku nak jual motor aku, kau ingat lagi?” soal Ah Matt. 


“Kalau aku guna motor aku ke Penang nanti, maka lambat lagilah baru aku boleh jual”, sambung Ah Matt.


“Oh, ye tak ye jugak yer. Sebenarnya aku pun terfikir hal tu bila kau bagi tau semalam dan aku rasa aku ada idea macamana nak buat”, balas Ah Bee.

“Berapa harga kau nak jual motor kau tu?  Kalau harganya aku mampu, boleh jer aku ambil dulu, pakai dan kemudian jual pada orang lain, buyer rasanya boleh dapat."


"Lagi pun motor kau tu keadaannya sungguh baik.  Kau cuma pakai hujung minggu atau waktu cuti saja, kan?” Ah Bee terus memberikan pendapatnya.

“OK, macam ni lah … memandangkan motor tu aku beli pun dengan duit yang tak sah puncanya, harga aku serah pada kau sajalah."

"Duit yang aku terima tu nanti, aku tak nak simpan atau pakai, aku nak bagi atau serah pada badan amal saja.”

“Nak sedekah pun bukan boleh sebab cara duit tu datang dari hasil kerja ‘sambilan’ kita.  Bukan halal pun."


"Kalau kau setuju esok kau bawak duit berapa yang kau mampu aku terus nak hantar pada beberapa pusat kebajikan yang dah aku sudah kenal pasti."

"Satu sen pun aku tak nak ambil – kerana ianya bukan hak aku.”

“Nak ke Penang nanti kita fikirlah macamana.  Setuju tak?”



Tangkas sekali Ah Matt membalas cadangan dari Ah Bee – dalam lembut ada ketegasan. Dengan tiba-tiba jiwanya terasa ringan dan lapang. 

Beban dosa yang ditanggungnya selama ini seolah-olah seperti terangkat.

Ah Bee mengesan dalam kemesraan Ah Matt terdapat unsur ugutan dari bahasa badannya. 


Sekiranya dia tidak bersetuju untuk membeli motor Ah Matt, Ah Matt tetap akan menjual motornya itu. 

Dan besar kemungkinan Ah Matt tidak akan mengikuti gerombolan ke Pulau Pinang.

Dalam fikirannya, Ah Bee nampak jelas peluangnya untuk membuat untung.  Ada seorang kenalan barunya yang berminat dan sedang mencari motor besar dari jenis terpakai.  


Pastinya dia akan suka Model Harley Davidson milik Ah Matt ini.

Soalan penutup episod ini dan bebanan dosa

investment-or-friendly-scam-strategy-MLM
Gambar bermaksud scam: cyberwarzone.com
1.  Ayah kita mempunyai hobinya yang tersendiri. Setakat mana kita menggembirakan dia dengan turut menyukai dan menyokong hobinya?  

Atau kita hanya ingat yang ayah itu perlu menggembirakan kita dengan membelilkan gadjet seperti PS2 atau smartphone yang menjadi kegemaran kita?

2.  Ah Matt melihat semut berpakat dan sepakat menjalankan tugas mereka.  Kesepakatan mampu menyelesaikan masalah membawa belalang yang besar ke sarang mereka.  


Kenapa manusia sering bergaduh?  Sesama sendiri pulak tu.

Tambah-tambah lagi kita orang Melayu?  Kenapa ek?  

Apakah Melayu itu ibarat belalang yang menjadi mangsa ditapak sendiri?

3.  Semua orang buat dosa dalam sedar mahu pun tidak. Umur kekadang dilanjutkan. Ini pesanan Imam Ghazali.


pesanan-imam-ghazali-dosa-dan-umur

4.  Dalam perniagaan – asal namanya perniagaan, dengan kawanlah lagi senang kita buat untung. Samada dapat diskaun atau senang untuk menjual.  

Begitu kah?  Setakat mana kebenarannya?  Bagaimana dengan MLM – bukan ke kawan yang dicari dulu?  Konon nak tolong kawan, eh? Meeting Larut Malam punya cerita.
Baca sambungan episod seterusnya.  Klik pada tajuk ini “Aku Benci Dengan Kengan Kerja Kotor Ini

Sebelum pergi tu, mohon support tekan butang bawah ini ya.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.