Sup Tulang Lebih Sedap Dengan Bawang Goreng Rangup - CrazyDuck -->

Header Ads

Sup Tulang Lebih Sedap Dengan Bawang Goreng Rangup

Siakap Tiga Rasa. Sup tulang. Sotong Masak Pedas. Ayam Goreng kunyit


“Kau pergi mana tadi… jauh merenung?” Tanya Ah Zam.

“Oh... tak da lah."

"Sekadar mengimbau semula akan isi tazkirah tadi, terutamanya tentang keistimewaan dan keajaiban berselawat ke atas Nabi (SAW).” Jawab Ah Matt.

“Ya lah… sungguh."

"Saya pun tersentuh sangat."
"Itulah, siapa sangka kita boleh sampai sini, bukan ada plan pun masa mula-mula bergerak dari JB hari tu.  Kita pulak dipertemukan dalam group ni. Alhamdulillah.”  Sahut Ah Zam.

“Eh… itu makanan dah sampai.  Bagi ruangan sikit kat meja tu.  Gelas air tu tolak tepi sikit.” Tegur Isteri Ah Matt meminta anak-anaknya mengemaskan meja.

“Huaaa…. Siakap tiga rasa.  Sup tulang. Sotong pedas.  Ayam kunyit. Tu apa ya... Poktek ke?” Tanya si anak bongsu.

“Bukan Pokteklah… pok-pek-pok-pek macam kau tu.” Balas siabang berkelakar. Si adik merajuk tarik muka 88.

“Eeiii… korang ni kalau tak gaduh 44 kali sehari tak sah. Dah-dah… meh makan."

"Adik nak yang mana dulu siakap ke sotong?” Tanya mamanya. 

“Adik nak pok-pek-pok-pek tu… ha ha ha …”

Bawang Goreng Wak Peng


“Oh sekejap… nak ke kereta ada sesuatu.”  Tiba-tiba Ah Zam bangun.  Dia kembali dengan dua balang kecil bawang goreng.


“Ooooo… Bawang Goreng Wak Peng.  Kerap saya nampak dalam facebook."

Rezeki… peluang nak mecuba dengan sup tu – mesti best ni. Alhamdulillah.” Tegur isteri Ah Matt dengan keterujaan. 

“Nah taruk dalam sup tu.” Ah Zam mengambil sedikit bawang goreng dan meletakkan dalam setiap mangkuk kecil setiap orang.  

Dalam mangkuk utama pun diletakkannya juga.  

“Nak rasa sikit.” Minta si adik mahu mencuba makan begitu saja. 

“Woo… rangup.  Wangi.  Eh… Sedaaaaplah…”

“Ehh... mana ada orang makan macam tu sayang oi.  Ini bukan kerepek tau.  Budak-budak zaman sekarang… pelik sungguh.”

“Betul Ma... budak-budak zaman sekarang memang sungguh pelik."

"Sebab tu kami lebih pandai dari ibu-bapa kami dalam hal IT dan benda canggih gajet zaman sekarang."

"Kami balun belasah saja.  Mana yang sesuai kami ambik, tak sesuai kami tinggalkan.”

“Orang dulu itu tak boleh ini tak boleh… banyak sangat pantang larang, banyak alasan dan terlalu menganalisa sampai tak jadi apa.”  

Si abang mencelah sambil senyum meleret mengenakan mamanya.

Masakan Yang Sedap Atau Sebab Bawang Goreng?

“Suka hati kamulah… mama nak belasah sup ni.  Tengok ayah kamu tu… siap tambah lagi sup."

"Mesti sedap tapi dia tak mau mengaku.  Ego lah tu.  Tapi tak daya nak tahan kena tambah lagi bawang tu.  Slurp-slurp-slurp hirup tak ingat orang.” Si mama berbisik dengan si abang.


specialgear-box-mutton-or-beef-soup-with-crispy-fried-onion

“Mmm… ayah nak tambah nasi ke… boleh abang pergi minta lagi?”

“Pandai kamu ni… Pak Cik Zam pun mesti nak juga.  Kau pesan extra lah ya.  Terima kasih anak ayah.  Pandai ambil hati orang tuanya.”

“Mana kau dapat Bawang Goreng Wak Peng ni?”  Tanya Ah Matt.

“Entah… isteri saya yang beli on-line. Nak datang hari tu dia letakkan dalam kereta dua balang."

"Masa kat Hotel Batu Feringghi semalam tak teringat la pulak."

"Ya lah… sup pun tak ada hari tu, kan?” Selamba jawab Ah Zam sambil terus menghirup sup.

“Wah… murah rezeki malam ni.  Kedai dapat jual banyak kita pun melantak makan sakan juga."

"Bawang goreng punya pasal licin dengan Siakap Tiga Rasa, Sotong Pedas, dan Sup pun semua sudah licin.  Boleh beli lagi bawang goreng ni.”

“Jom… lambat-lambat nanti owner Homestay tu kata kita tak jadi pula.  Saya nak call dia lah kejap bagi tau kita akan sampai dalam 10 minit lagi.” Kata Ah Matt selepas selesai membuat pembayaran.
.

Peringatan Tentang Kematian

Mereka disambut oleh pemilik Homestay yang sudah sedia menunggu.  Masing-masing memilih bilik kecuali Ah Matt and Ah Zam yang bersembang di luar rumah. 
“Esok kau nak jumpa sedara kau tu jam berapa?”  Tanya Ah Matt.

“Oh… ya tak ya juga.  Tadi dia hantar SMS katanya esok lewat pagi dia sampai rumah.  Sekarang masih kat Ipoh lagi.  Kenapa?”

“Tak der… saya dah habis baca dua artikel pasal Steve Job dan Dr. Richard Teo tu."

"Saya nak dengar cerita dari you pula.  Mesti ada sesuatu yang membuatkan artikel tu disimpan dan dibawa merata-rata.” Jawab Ah Matt.

“Boleh… ya cerita tu sangat berkaitan dengan saya. Bila saya down atau rasa over-excited artikel tu saya belek balik untuk memperingati kenapa saya wujud di dunia ni."

"Dan tazkirah Ustaz Bakhry tadi sangat relevant dengan apa yang berlaku dengan perjalanan hidup saya."

“Ianya mengingatkan saya tentang kematian – sesuatu yang pasti."

Yang tak pastinya ialah bagaimana dengan persediaan saya untuk itu.” Balas Ah Zam.

“OKlah kalau macam tu.  Esok breakfast kita sambung cerita."

"Elok berehat sekarang ni.  Makan banyak tadi, badan pun rasa penat dan mengantuk dah ni.”

Soalan & nota penutup bagi episod ini dan YANG INI:-

1. Ada sesiapa dari pembaca yang tinggal di kawasan Sungai Bakap – cer confirm apa yang saya tulis ni betul ke tak – Masjid Baru, Homestay, Restoren Ikan Bakar?

2. Siapa yang pernah dengar Tazkirah dari Ustaz Bakhry?  Tak teringin nak bantu dia dengan sekolah dia ker?  

Kalau ingin bantu dia dengan sedekah, ini nombor akaun bank Islam Sekolah Rendah Islam Raudhatul Jannah: 020 570 100 32592

3. Hari ini sudah berselawat? Ya... berapa kali?  Memang sudah dijadikan amalan harian? Alhamdulillah...

4. Kalau lapar teringin nak makan sup… jangan lupa taburkan Bawang Goreng Wak Peng.  Kalau sudah habis stok orderlah di sini:- Bawang Goreng Wak Peng.

5. Sudah bersedia untuk sambung cerita pasal kematian – Apa Pesanan Steve Jobs dan Dr. Richard Teo?  

Yang dimulakan dengan tajuk sebelum ini:- Masa Hidup Sangat Mewah Dah Dekat Nak Mati Baru Nyesal."

Sebelum pergi tu... Jom tekan butang bawah ni dulu. TQ !!!.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.