Sedikit Bermanfaat Lebih Baik Dari Banyak Yang Hanya Terperam - CrazyDuck -->

Header Ads

Sedikit Bermanfaat Lebih Baik Dari Banyak Yang Hanya Terperam

Ilmu Itu Penting dan Berguna Hanya Bila...

Ilmu yang disimpan dalam komputer tidak akan jadi apa-apa. Hanya menyemak dan memenuhi megabyte sahaja. Bila mahu mencarinya mungkin lebih baik cari di web semula.

Stairs-Tangga
Gambar: Google Image
Maka disiplinkan diri untuk mengatakan tidak. Tidak kepada pengiklan dan post-post yang mencari mangsa.

Namun... bukan semua pengiklan begitu. 

Mungkin ada sesuatu yang berfaedah tapi kita tidak tahu. Hanya perlu pandai memilih yang mana satu.

Ayat power memikat yang sedia terolah cuma di copy-paste. Mangsa yang sudah pasti ialah masa kita yang terbuang.

Latihkan diri membuat sesuatu dengan ilmu yang ada. Hasilkan dulu, terutamanya kalau korang newbie yang seperti aku.

Kalau ianya penulisan, publish saja. Jangan tunggu sehingga 100% sempurna.

Kemudian ditambah baikkan lagi. Selangkah demi selangkah. Anak tangga demi anak tangga. Bukan diatas tangga ya. 

Gambar  orang lain pun orang boleh edit, inikan pula artikel sendiri punya... kan?

Boleh Berkata TIDAK Akan Membahagiakan Kita

Gambar: Denai Hati
Rujukan: KLIK gambar.
Amat mudah bagi bangsa kita untuk berkata YA. Sama juga maksudnya dengan "TIDAK APA."

Itu sudah menjadi perkara biasa dan tidak lagi memerlukan latihan. 

Ianya sudah sebati dengan budaya kita. Yang tidak mahu mengecilkan hati orang lain.

Tetapi lihatlah hasilnya apabila nenek moyang kita mengatakan YA dan TIDAK APA. 

Kepada pendatang yang dengan mudah masuk ke Nusantara. Bermula dengan Kesultanan Melaka. 

Ditambah pula dengan kemelut rasuah yang melanda. Tanah kepunyaan Melayu kini hanya tinggal berapa peratus sahaja? 

Tanah di Bandar?  Heh, yang itu jangan lagi ditanya.

Amat susah bagi kita untuk berkata TIDAK. Hati kita lembut dan mudah kasihan. Hati kita juga sensitif mudah ditimpa perasaan. Last-last... kita juga yang jadi bahan mainan.

Padan dengan muka aku... kan?

Jangan Menjual Harapan

Apabila kita berkata YA kepada permintaan seseorang. Secara tidak langsung kita telah memberikan padanya sebuah harapan.

Apabila sampai masanya ia tidak dapat ditunaikan. Maka ia menjadi titik permulaan renggangnya hubungan. Kerana harapan itu ibu kepada kehampaan. Malah kekecewaan.
  • Jadi hairankah kenapa hasad dengki sering bertapak dihati dan difikiran?
  • Pernah dengar, "Kalau tak ada PHD bukan Melayu?"
  • Perkataan "Insya'Allah" pula seolah-olahnya sebagai umpan manisan.
  • Dan... kebelakangan ini pula boleh main claim ada Ph.D. ikut suka aku.
Akibatnya kita juga yang makan hati berulamkan jantung dengan kuah gulai ikan kering. Eh... sodap tuuu...

Artikel berkaitan. Klik jer pada tajuk:

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.