Beratur Nak Beli Makanan kat McDonald's Ada Orang Busuk Kat Belakang - CrazyDuck -->

Header Ads

Beratur Nak Beli Makanan kat McDonald's Ada Orang Busuk Kat Belakang

Tanpa sengaja sewaktu beralih mahu melihat suami dan anaknya dia terpandang kepada wajah lelaki yang berada dibelakangnya. Dan lelaki itu sedan
Ikhlas Hati Itu Terpancar Pada Wajah Yang Tersenyum

Ikhlas Hati Itu Terpancar Pada Wajah Yang Tersenyum

Ah Zuan juga menceritakan tentang kuasa senyuman. The power of Love.

Hasil dari borak dan sembang ibarat brainstorming, perkongsian dari Ah Zuan mencetuskan satu pengisian baik bagi Ah Zim. 

Tentang pemberian tanpa bersyarat iaitu keikhlasan.

Ah Zim: Mmm… sedang mengumpulkan idea untuk tajuk tentang keikhlasan dalam pemberian. 

Mungkin saya nak tulis sesuatu yang berkaitan dengan tajuk yang berbunyi “Memberi Tanpa Bersyarat.”

Ah Matt: Mmm… saya rasa saya ada satu idea. 

Ianya tentang senyuman.

Ia merupakan satu pemberian tetapi tidak memerlukan perpindahan harta benda. 

Namum ianya sangat mahal dan berat untuk diberikan jika kita tidak punya keikhlasan.

Orang yang menerima senyuman itu pula, sememangnya pun tidak menerima suatu benda yang boleh dipegang atau diguna.

Tetapi penerimaan senyuman yang diberikan dengan ikhlas itu boleh mengubah diri, nasib, atau rezeki sipenerima dan juga sipemberi.

Ah Zim: Menarik.

Ah Zam: Menarik-menarik… apa benda yang menariknya?  Boleh tumpang semangkuk?

Ah Zuan: Ya lah… macam ada sesuatu yang menarik sungguh ni. Nak tumpang juga semangkuk hayyun… boleh?

Ah Zim: Eh… hang ni Zuan.  En. Ah Matt kita ni serius ni… aku hayyun nanti baru hang tau.

Ah Zuan: OK-OK sorry… serious eh.  No problem. Seyyus-seyyus!!!

Ah Matt: Abang Ah Zim ni sedang mencari idea untuk penulisan dia. 

Dia terfikirkan tentang tajuk yang berbunyi “Pemberian Tanpa Syarat.”  Dan saya pula terlintas tentang senyuman. Setakat terlintas sajalah… belum ada apa nak diisikan.

Ah Zam:Pemberian Tanpa Syarat.” Macam best tajuk ni. 

OK tak apa… kita brainstorm dulu, dan kita boleh mulakan dengan “senyuman” macam Ah Matt cakap tadi. 

Nanti satu persatu idea lain akan keluar.

Ah Zuan: Eh… sat-sat. Ada satu cerita pasal senyuman ni.  Sat noh… nak cuba ingat sat.  

OK-OK… ingat dah, tapi panjang sikit.  Boleh ka?

Ah Zim: Tak pa… hang cerita dulu lepas tu kita edit atau tambah kat mana yang patut.

Ah Zuan: OK, tapi ini cerita yang aku baca kat internet, bukan cerita aku punya. Boleh kot?

Ah Zim: Tak kisah, nanti kita bagi la kredit pada sumber yang kita ambik cerita tu.

Bau Busuk Dari Barisan... Ramai Yang Lari

Ah Zuan: OK, cerita dia macam ni. Bukan sebijik tapi lebih kuranglah. Yang penting isi konsepnya dan mesej yang nak disampaikan.

people-lining-up-at-McDonald's-counter
www.everystockphoto.com

Ada satu keluarga dari Indonesia yang belajar di USA. 

Si isteri mengambil jurusan Psikologi manakala suaminya pula mengambil bidang kejuruteraan. 

Mereka mempunyai dua orang anak yang masih kecil.

Hari itu mereka sekeluarga pergi makan di Restoran McDonald’s selepas si isteri tamat kuliah. 

Pelajar diberi tugasan (assignment) untuk senyum pada orang yang tidak dikenali.

Dan semua pelajar perlu membuat lapuran dan persembahan tentang reaksi daripada senyuman yang diberikan. 

“Oh… ini assignment yang sangat mudah.  Senyum jer apa susah.” Fikirnya.

Selepas keluar dari kereta, keluarga itu cepat-cepat masuk ke dalam restoran kerana cuaca yang sejuk membeku.

Setelah berpakat, si isteri lalu beratur manakala si suami dan 2 orang anak mereka duduk disatu meja.

Selang beberapa minit kemudian, si isteri melihat ramai orang yang sudah beratur dan juga yang baru masuk untuk beratur keluar dari barisan menunggu.

Dia hairan dan berpaling melihat sekeliling. Lalu terpandang pada dua orang yang berada dibelakangnya.

dua-anak-kecil-yang-kesusahan-silakan-bantu-mereka
Gambar hiasan: Husnul Khatimah FB
Oh…inilah penyebabnya.” Fikir si isteri selepas terhidu bau yang kurang enak dari dua orang tadi.

"Mana mungkin aku keluar dari barisan ini, terlalu ketara nanti.” Fikirnya.

Juga, dia sudah sangat hampir dengan kaunter kerana beberapa orang yang terlebih dahulu beratur dihadapannya memilih untuk keluar barisan. 

Mungkin ada yang tidak tahan akan bau yang menusuk atau mungkin juga mereka merasa terlalu geli untuk berdekatan dengan dua lelaki ini.

Si isteri bingung tetapi tidak berupaya untuk bergerak kecuali kekal dalam barisan menunggu sehingga sampai dikaunter.

Tanpa sengaja si isteri sewaktu beralih mahu melihat suami dan anaknya terpandang kepada wajah lelaki yang berada dibelakangnya.

Orang Senyum Kita Balas Laa...


Dan lelaki itu sedang “tersenyum” kepadanya.

Si isteri membalas senyuman itu sambil teringat akan tugasan yang perlu dilaksanakannya.

Hi… good afternoon, how are you?” Sapa lelaki itu sambil matanya bercahaya seolah-olah meminta kewujudannya di situ diterima.

Oh hi… I am all right, thank you.  Please go ahead and make your order. I can wait, no problem.” Tiba-tiba sahaja mereka sudah berada tepat dikaunter membuat pesanan. 

Si isteri memberi laluan hormat untuk kedua lelaki tadi membuat pesanan terlebih dahulu walaupun sebenarnya mereka tadi dibelakangnya.

Lelaki tadi hanya memesan dua cawan kopi panas. 

Lelaki kedua tidak memesan apa-apa tetapi hanya berpaut dan mengikut ke mana lelaki pertama pergi.  Dia seperti mempunyai kecacatan fizikal. 

Setelah mengambil tray dan diletakkan dua cawan kopi mereka pergi ke meja dipenghujung restoran dan agak terpencil.

Si isteri melihat kedua-dua lelaki tadi hanya mempunyai cukup wang syiling untuk membeli kopi.

Berlindung Dari Kesejukkan

Terlintas dihatinya mungkin tujuan mereka ke situ bukan untuk minum tetapi untuk mencari tempat berlindung dari kesejukan. 

Hatinya tiba-tiba diselaputi perasaan hiba.

Si isteri terus menyorot pandangan kepada dua lelaki tadi dan melayan perasaan hibanya.

Pelayan di kaunter menyentuh tangan si isteri setelah pertanyaan bagi kali ketiga untuk pesanan yang mahu dibuat tidak berjawab. 

Hanya dia seorang yang berada dikaunter itu kerana semua orang lain sudah menjauhkan diri.

Semua mereka mempunyai rasa jijik terhadap kedua lelaki tadi.

Tersentak dari lamunan perasaan akibat cuitan pada tangannya, si isteri kemudian membuat dua set pesanan. 

Setelah pesanan siap, si isteri mengambil satu tray. 

Manakala satu lagi dia meminta jasa baik pelayan untuk menghantar ke meja tempat suami dan anaknya berada.

Dia membawa tray itu kepada dua lelaki tadi, meletakkan di atas meja dan menjemput mereka makan. 

Masih Ada Manusia Yang Punya Perasaan

.
McDonald's-I-am-not-lovin'-it-I-am-driving-away
Masih ingat Palestine?
Kedua-dua lelaki itu seperti sangat terkejut dan terharu menerima layanan si isteri walaupun mereka saling tidak mengenali. 

Malah berlainan bangsa.

Mana mungkin ada orang yang mahu mengenali orang seperti mereka yang comot lagi kotor. 

Baru saja masuk barisan untuk beratur sudah ramai yang menjauhkan diri.

Terlalu hina mereka dipandangan ramai.

Tindakan si isteri membawa makanan, menjamu mereka dan duduk berbual dengan si busuk mengundang banyak mata yang melihat. 

Dari pandangan mata orang yang dijamunya pula, si isteri dapat membaca ucapan terima kasih yang tidak terungkap. 

Dia tersenyum lalu bersuara, “Sesungguhnya saya bukan sengaja melakukan ini untuk tuan berdua.”

“Tetapi seperti ada satu panggilan untuk saya mengambil peluang ini untuk melakukan kebaikan sesama insan.”

“Tuhan telah menguji saya dengan kehadiran tuan berdua. Saya sangat bersyukur kerana dapat menghadapi ujian ini dengan baik.”

Mendengar ucapan itu, kedua-dua lelaki tadi berpandangan sesama sendiri lalu berpelukan. 

Kemudian si tua pun berkata, “Ya… sesungguhnya Tuhan itu maha pengasih lagi penyayang.  Kami mohon dan berdoa agar rezeki puan terus murah dan keluarga puan terus berbahagia.”

Si isteri hanya menganggukkan kepala. Air matanya berlinangan lalu bangun dan berlalu menuju ke meja di mana suami dan anaknya berada. 

Perlakuannya terus mendapat perhatian dari ramai pengunjung restoran yang memerhatikan drama tanpa skrip itu.

Ketika si isteri duduk sambil air matanya dilap oleh sang suami, si suami lalu berkata, “Terima kasih atas layanan terhadap mereka tadi.”

“Sekarang abang mengerti kenapa kamu yang menjadi pilihan Tuhan sebagai jodoh untuk abang. Yang pasti abang sangat senang kerana memiliki payung untuk keluarga kita berteduh.”

Cerita Ah Zuan ni belum tamat lagi – bersambung pada tajuk ini berikut:- Senyuman Yang Manis Menghidupkan Aura KeIkhlasan

wow-awek-korea-cun-punya-tak-mau-senyum-serius-saja
Awek Korea ni tak mo senyum la pulok

Soalan penutup bagi episod ini dan JUGA YANG INI:-

1.  Pada yang bersuami isteri, bila kali terakhir anda jalan berpegangan tangan? 

Masih panas, sudah suam... atau semakin dingin? Cuba pegang balik lepas baca artikel ni, ek?  Ikhlas tau.

2.  Anda kaki sedekah dan penderma? 
Yang punya abundance mentality itulah yang suka menderma. 
Tambah-tambah lagi yang derma tanpa syarat -- ikhlas.
Contoh syarat -- dah jadi jutawan baru aku boleh sedekah. Pakai tak sedekah ler...

Tahukan apa tu abundance mentality?  Orang kaya bro… walaupun miskin harta. 
Dia tak risau pasal rezeki, sampai masa… apa yang diperlukan ada. Dan dia sangat pasti.

3.  Pernah berlaku dengan anda tak… selalunya kat restoren
Baru nak makan tiba-tiba datang orang minta sedekah? 
Adakah anda tarik muka atau dengan ikhlas bagi senyuman terlebih dahulu? 
Biasa kot buat macam si isteri dalam cerita ni?

Baca sambungan episod seterusnya Senyuman Yang Manis Menghidupkan Aura KeIkhlasan” 

If you got value from this post feel free to share. Butang bawah ni jer...

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.