Kenapa Ada Perasaan Menyampah Pada Si Miskin? - CrazyDuck -->

Header Ads

Kenapa Ada Perasaan Menyampah Pada Si Miskin?

Si miskin tidak ubah seperti sampah dan keegoan kita membuatkan kita melihat mereka dengan penuh rasa menyampah. Kita sempurna dari segala sudut. I am Mr. Perfect. Itu yang ada di dalam hati dan sanubari kita.
an-eagle-on-the-way-catching-its-prey
Gambar: The Natioal Audubon Society

Terlalu Angkuh dan Sombong


Pada kita si miskin tidak ubah seperti sampah dan keegoan kita membuatkan kita melihat mereka dengan penuh rasa menyampah.

Kita sempurna dari segala sudut.  I am Mr. Perfect. Itu yang ada di dalam hati dan sanubari kita.

Kebijaksanaan dan kekuatan kita tidak memungkinkan kita menjadi seperti mereka. 

Sikap kita sungguh terlalu amat sombong dan angkuh.

Tetapi kita tetap mengaku bahawa kitalah orang yang paling humble dan merendah diri.

Memahami segala permasalahan rakyat.

Didada akhbar dan skrin TV, kitalah yang terbaik dalam memahami kesusahan simiskin. 

Kita tu saper ek? Yang menulis ni kot? Yang membaca?... Dok ehhhhh. 

Siapa rasa pedas cili api... sendiri tahu.

Tetapi bila wakil penoreh mengadu yang harga getah patut dinaikkan dia dimarahi pula oleh si MP (Ahli Parlimen).

Jawatannya pun dilucutkan.
.

Mesti Mau Pilih Bulu

.
Dr.-MAZA-menteri-sekarang-macam-tak-waras-dan-tak-bijak
Kita lupa sebenarnya…
                                  …kita pilih bulu dengan siapa orang yang nak kita tolong. 

Jenis bulu helang atau bulu pipit...

Nak tolong pula mungkin memerlukan sebab musabab – mungkin hanya bila ada sesuatu keuntungan yang boleh dikaut baru kita nak tolong orang.

Tiada istilah keikhlasan.  Segalanya bertuhankan wang.

No money no talk!!!

Elitis Politik Tak Mungkin Akan Sedar Diri


Ah Zim: Wow… ini bagi komen ke lepas geram?

Ah Matt: Lepas geram… mungkin ya, tapi saya lebih terarah kepada kesedihan.

Sedih dengan keadaan masyarakat yang semakin tertekan dengan hal ekonomi tetapi ahli politik terus dengan kelekaan. Dia orang tanpa henti diulit mimpi.

Mimpi kerana mereka memiliki kuasa dan boleh mengeluarkan apa saja kenyataan.

Sekalipun kenyataan yang tersangat bodoh dan tak masuk akal. Bila ditegur menteri menjawab… “Oh itu hanya gurauan.”

Mereka terus saja berkuasa dan berpura-pura mempunyai rasa belas kasihan kepada rakyat. 

Hakikatnya rakyat digunakan sebagai jambatan bagi mereka mengaut keuntungan.

Biasa dengar ungkapan seperti berikut:-
 “Oh… saya ada contact dengan orang dalam.”
 “Yang ini mudah saja nak kawteam”
 “Ada 10% kira OK laa.”
 “Untuk aku banyak ini… untuk yang dalam sana tu kau fahamlah kan?”


menteri-bergurau-buat-lawak-bodoh
subsidi-tepung-pula-dihapuskan-selepas-beras

Dalam dia buat lawak dan gurauan... harga minyak turun barang tetap naik juga.  Sorong sana tarik sini… apa susah.

Tidak ubah seperti apa yang dikatakan oleh Dr. Richard Teo sebelum dia mati:-

.
“I became so obsessed that nothing else really mattered to me. Patients were just a source of income, and I tried to squeeze every single cent out of these patients.

- Aku seperti orang gila. Tak ada benda lain yang penting bagi aku. Pesakit hanyalah sumber pendapatan. Aku akan perah mereka setiap sen yang mereka ada.

A lot of times we forget, whom we are supposed to be serving. We become so lost that we serve nobody else but just ourselves.”

- Setiap masa kita lupa, siapa yang sepatutnya kita berikan perkhidmatan. Kita terlalu mabuk. Kita hanya fikir akan hal diri sendri. Orang lain pergi mampus.
.

Majoriti Melayu Akan Terus Malang

Malangnya ramai yang masih tetap menyokong mereka demi sedikit sagu hati.  

Murah... Sungguh murah. 

Kerana masing-masing yang terlibat itu konsepnya mudah... “Mahu cari makan. Orang memberi kita merasa. Rezeki jangan ditolak.”

Pagi tadi sewaktu saya lepak bawah pokok mempelam – ada 3-4 ekor lembu ditepian parit.

Semuanya terikat dengan tali yang dicucuk dihidung.

Kerjaya dan kerjanya siang malam hanyalah “makan.” Cukup masa kena jual dan disembelih.

Orang luar ketawakan apa yang berlaku dengan ekonomi dan politik Malaysia ni.


Malaysian-Agung-embarrassed-while-Singapore-Lee-Kuan-Yew-Happy
Gambar: Entah dari mana kawan kasi. Pandai tukang edit.
Sungguh ikhlas senyuman penghinaan Lee Kuan Yew dalam gambar duit ni.

Ah Zuan: Tajam semacam ja komen tu. 

Part lembu tu lagi sempoi.  

Tadi masa makan ada cili burung… sampai lani dok terasa pedas dia… walaupun dah kena ayaq nyoq boh ais.

Ha ha ha … Tak apa... mesti ada yang tak faham. “FAHAM KE FAHAM?

Ah Zam: Tu laa Zuan… sapa suruh hang buka cerita pasal senyum-senyum ni. 

Kan dah jadi panjang cerita.  Aku pun nak tumpang komen semangkuk… buleh kot noh?

Ah Zim: Wah… semakin panas nih.  Tak apa… silakan. 

Mana tau kot ada bernas baik punya idea. 

Ni tengok gambar Lee Kuan Yew dia bukan setakat senyum saja, tapi gelak besaq punya.

Ah ZamRasanya boleh saya rumuskan perbincangan tentang “senyuman” yang diangkat oleh Ah Zuan tadi bersangkut rapat dengan “sedekah.”

Ah Zim: Menarik… mohon sambung terus.  Panjang pun tak apa.

Ah ZamSebenarnya sedekah ni sangat luas tajuknya kalau nak dibincangkan.

Banyak penulisan pasal sedekah ni boleh kita jumpa samada melalui majalah, buku, mahupun dalam internet.

Soalan & nota penutup bagi episod ini dan JUGA YANG INI:-
1. Setiap hari kita didatangkan ujian.  Hanya kita sedar atau tidak sahaja.  So... what is your lesson of love hari ini?

2. Seandainya ramai menteri kita mempunyai nilai keihsanan yang tinggi apa anda boleh bayangkan apa yang akan berlaku dengan rakyat dan negara ini?

Tidak pernah dalam sejarah Malaysia kita mempunyai barisan pemimpin yang seolah-seolah tidak disukai ramai.  Lihat saja jumlah tanda marah dalam gambar ini.

netizen-voted-against-najib
Sumber: Penulis yang tidak mahu namanya diketahui.
Namun…

Disebabkan oleh kesusahan dan kepayahan hidup, hanya dengan pemberian sedikit bantuan ketika pilihanraya… segala kemarahan itu akan hilang.

Pemberian diterima pangkahan dibuat… maka merana lagi lah untuk lima tahun kehadapan.

Aku hanya mampu menulis... dan aku tahu ia tidak akan merubah apa-apa. Tapi aku tak mahu disoal NANTI apa kerja buat mu tentang amalan rasuah ini?


Jay-bird-from-google-images
Gambar: Google images
Aku hanya ibarat sipipit mahu memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim A.S.

3. Yang kaki rasuah akan terus mengamalkannya kerana sudah menjadi darah daging keturunan mereka.

OK... dah habis untuk episod ini.  Mau lagi?

Ada sambungan seterusnya di:- "Pelbagai Jenis Sedekah Yang Punya Keajaiban Tersendiri"

Sebelum pergi tu... mohon SENYUM lebar-lebar. 

Susah atau pening macam mana pun hidup perlu diteruskan. Lebih baik senyum jer dari stress. LIVE STRESS FREE Bro...

Sambungan cerita perjalanan Ah Matt seterusnya di sini:- "Pelbagai Jenis Sedekah Yang Punya Keajaiban Tersendiri."

Tak mau stress... Jom tekan butang bawah ni.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.