Panau dan Kurap Sama Seperti Korup Ada "Ring"nya dan Sangat Gatal - CrazyDuck -->

Header Ads

Panau dan Kurap Sama Seperti Korup Ada "Ring"nya dan Sangat Gatal

Jangan jadi kera kena belacan, jadilah kera macam dalam gambar ni. Penuh keyakinan diri. Tak gatal sebab kurap atau nak menggatal, senyum sokmo jer. Jangkitan fungus Malassezia menyebabkan orang yang ada panau malas nak bersosial. Malu walaupun mahu. sebab banyak peta kat tengkok atau muka. Kalau ada kurap lagi teruk. Hilang keyakinan diri kerana gatal. Tapi sedap garu. Ada sabun herba untuk rawatannya.
panau-penuh-dibadan
Gambar: Harian Metro

Menggaru Kurap Seperti Kera Kena Belacan

Pernah dengar perumpamaan "seperti kera kena belacan?” Akibat kutu atau sesuatu yang meggatalkan, kera ini tidak berhenti menggaru. Begitu juga dengan sesiapa sahaja yang dijangkiti kurap. 

Panau masih ada ampun, hanya warna kulit saja jadi tidak sekata dan tidak cantik dipandang. 

Malu nak bercampur dan hilang keyakinan diri. Tidak menggaru sangat tapi sama seperti "kera sumbang", tak tahu nak bersosial. 
Bukan tak tahu, tapi sebenarnya malu... sebab banyak peta kat tengkok atau muka. Peta pula tak ada tunjuk arah atau nama kawasan macam Google Map tu.

Inikah motivasinya penciptaan lagu "Malu Tapi Mahu." Aku agaklah. Tak betul kot?

Panau

Panau ni selalunya ada gelang atau berbentuk bulatan. Macam ring. Cantik jer. Tapi ini untuk permulaan. 

Bila dah merebak habislah gelang tu, sebab gelang dah bertemu gelang. Terus jadi peta.

Punca panau atau nama lainnya Tinea Versicolor (macam-macam versi warna kot maksudnya) wujud disebabkan oleh jangkitan fungus (kulat) Malassezia. Sebab tu orang yang ada panau dia malas nak bersosial.

Penyebab Panau Subur Pada Kulit Anda

1. Mandi ketika suhu badan masih panas dan peluh belum kering. Aku tak boleh jelaskan dari segi perubatan kenapa tapi orang tua-tua kata macam tu lah. 

2. Pakai pakaian yang belum cukup kering. Kalau spenda tak kering korang taulah kat mana panau tu akan hinggap.

3. Kulit berminyak - malangnya minyak yang ada tak cukup banyak untuk goreng telur pun.

4. Pemakanan yang tak dijaga, seperti kurang makan sayur. Sistem immune tak kuat untuk fight bacteria panau ni.

5 Perubahan hormon pada wanita akibat mengambil pil perancang. Juga semasa mengandung.
.

Kurap

kurap-pada-tanganSeperti panau, kurap juga sejenis penyakit kulit yang mudah berjangkit dan membiak subur.

Sekiranya kurap bermaharaja lela dikawasan kulit yang terdedah, kita akan dapat melihat kesan garuan.

Kemerahan dan mungkin ada kesan darah. Jangan buat gurauan, hal personal dan sensitif ni.

Sama seperti panau, kegatalan akibat kurap akan menurunkan rasa keyakinan diri untuk berada dikhalayak ramai. 

Sebab... ada ketikanya, keperluan untuk menggaru melebihi segalanya. 

Keterlaluan sedap menggaru sehingga menyebabkan muka jadi "terkerisin."

Kurap Boleh Dirawat Sendiri. Rajin Saja Mau

gatal-tak-terhingga
Muka terkerisin punyalah sedap garu
Kurap tidak semestinya mendapat rawatan dari doktor untuk sembuh. 

Herba yang ada disekeliling kita boleh saja digunakan untuk merawat kurap, sekiranya punya waktu untuk menyediakan ubat kurap buatan sendiri.

OK... jom tengok apa ubat yang mungkin sedia ada disekeliling kita atau dalam rumah.

Ini petua [pendapat orang-orang tua] bukan formula doktor ya...

Minyak Zaitun

Minyak zaitun mengandungi bahan ekstrak yang sangat baik untuk membantu penyembuhan kulit dan juga melawan jangkitan kuman. Ianya merupakan antara ramuan utama dalam banyak produk kesihatan dan kecantikan.

Ianya sangat sesuai untuk merawat kurap. Caranya bagaimana?

Sempoi dan simple. Ambil minyak zaitun, sapu pada kurap. Biarkan untuk beberapa ketika. Kemudian basuh dengan air suam. Ulang sehingga kurap dan parutnya lenyap. 

Lengkuas
Kat kampung lengkuas biasanya belakang rumah pun ada. Kat bandar kena pergi NSK atau yang seangkatan dengannya. 

Nasi ayam kalau tak masukkan lengkuas, aroma dan sedapnya ada sikit kurang.

Lengkuas mempunyai getah yang boleh membantu merawat kurap dengan baik. Kalau manggis ada xanthones, lengkuas mempunyai xanthin.

Cara nak guna lengkuas ini pun mudah. Tumbuk sehingga lembut kemudian campur dengan cuka makan sikit. 

Lepas tu tempel jer lah kat bahagian berkurap. Ulangi beberapa kali... tengoklah kurap ada kurang ke macamana?

Kunyit
Sediakan ulian dari serbuk kunyit yang dibeli dengan mencampurkan dengan air atau kunyit segar yang ditumbuk. Tempek terus pada kulit yang berkurap tu.

Mana ada susah? Mau dengan tak mau jer, yer dok? 

Tengok muka sesetengah orang India, dia orang taruk kunyit kalau korang nak tahu. Siap nampak lagi kekuningannya tu.

Daun Tembakau
Mungkin tak ramai yang boleh dapatkan daun tembakau segar. Kalau boleh, senang jer... tumbuk atau blend daun tembakau tu sampai halus, kemudian tempek jer lah kat kurap tu. 

Kalau kaki merokok, baki tu keringkan dan buat tembakau untuk rokok daun. Jimat juga. Rokok kan mahal sekarang?

Teh Daun Serai
Korang perasan tak... selalunya awek-awek restoren Tomyam kulit dia orang halus mulus. Antara resepi utama Tomyam ialah serai. Minum kuah Tomyam sama juga macam minum teh serai.

Ekstraks serai dalam teh atau dalam Tomyam meningkatkan kekebalan tubuh untuk melawan serangan virus kurap. Kalau kena serang pun virus kurap ni tak boleh pergi jauh, jumpa dengan ekstraks serai dalam darah... habis kena pancung.

Aloe Vera (Lidah Buaya)
Aoe Vera sememangnya antara resepi utama dalam banyak produk kecantikan dan rawatan kulit. Malah ubat kesihatan dalaman juga seperti Asma.

Penggunaan Aloe Vera untuk rawatan kurap ialah melalui gelnya. Selain menyembuhkan kurap, kulit juga akan menjadi halus dengan menggunakan gel ini.

Caranya ialah dengan memerah gel dari daun Aloe Vera dan sapukan terus pada kulit yang berkurap. Sempoi eh?

Sabun Herba Khas Untuk Panau, Kurap dan Luka

sabun-herba-merawat-panausabun-herba-merawat-kurap

sabun-herba-merawat-luka

Untuk mereka yang punya waktu dan kelapangan boleh saja menyediakan bahan dari sekeliling atau dalam rumah untuk merawat panau atau kurap seperti yang disarankan diatas.

Tak semua kita punya masa begitu.

Hizbul-Bahr menyediakan sabun khas untuk merawat panau, kurap dan luka-luka. Hanya pakai terus saja. Jangan beli tapi simpan untuk hiasan sebab rupanya yang cantik tu.

Cara Menggunakan Sabun Herba Hizbul-Bahr

Buih dari sabun herba ini dijadikan losyen untuk merawat panaukurap atau luka. Hanya sapukan buih sabun pada tempat yang mahu dirawat selepas mandi. 

Biarkan ia kering. Ianya tidak melekit seperti sabun mandi yang kita biasa gunakan.

Amalkan setiap hari, lama kelamaan panau (kurap) akan hilang. Kulit anda akan kembali pulih cantik dan licin seperti sediakala.

Disamping itu, bacalah Selawat, Bismillah, Ya Samak, Ya Basar, dan Ya Kalam sebelum menggunakannya. Insya’Allah mujarab dan berkesan. DIA yang mendatangkan penyakit dan DIA yang menyembuhkan.
.

Contoh Rawatan Kurap dan Luka Yang Berkesan

Gambar di bawah ialah tentang seorang pesakit yang mengalami kurap yang agak teruk. Selepas menggunakan Sabun Kurap dari Hizbul-Bahr, kurapnya sembuh dengan baik. 

 

Luka yang beransur sembuh selepas menggunakan sabun herba merawat luka dari Hizbul-Bahr. 

 
Luka sembuh - Pesakit A. Gambar: Hizbul-Bahr Penawar 1001 Penyakit.

Luka yang beransur sembuh selepas menggunakan sabun herba merawat luka dari Hizbul-Bahr. 

 
Luka kudis sembuh - Pesakit B. Gambar: Hizbul-Bahr Penawar 1001 Penyakit.

Nak Beli... Tapi kat Mana? Harga Pula Berapa?

Tinggalnya di mana? Sekiranya anda berada di Shah Alam atau Klang, boleh terus dapatkan produk ini di  Hizbul-Bahr Tesco Setia Alam, Lot F-46 Tingkat Satu.

Kod diskaun tambahan dari halaman ini: JoF-C12. Beli kat mana pun dari penjual yang disenaraikan, sebut kod ni dapat extra diskaun. Tapi promosi ini tamat pada 27/2/2017.

Mahu membeli secara on-line, KLIK gambar bawah. Penjual terdekat dengan anda dan nombor untuk dihubungi ada disenaraikan.
 Kedai Hizbul-Bahr Di Tesco Setia Alam
KLIK gambar untuk membeli secara on-line dan melihat senarai semua produk keluaran Hizbul-Bahr, harga dan senarai penjual berdekatan dengan anda.
 Klik untuk lihat senarai kesemua produk herba dari Hizbul-Bahr

Jangan Gatal Sangat Macam Kera Kena Belacan

yakin-diri-tanpa-kurap-tak-perlu-jadi-kera-kena-belacan
Kera kena belacan
senseiabil.blogspot.my
Jangan jadi kera kena belacan, jadilah kera macam dalam gambar ni. Penuh keyakinan diri. Tak gatal atau nak menggatal, senyum sokmo jer.

Mana-mana yang ada kurap dan panau tu, hilangkanlah. 

Kera ni OK sebab banyak mana kurap dan panau dia simpan, bukan siapa nampak pun. Kalau nampak pun ada korang nak kesah?

Tapi kalau girlfriend atau boyfriend korang nampak ada kurap atau panau kat dagu, leher, lengan, atau korang tergaru-garu sebab ketiak gatal... malu wei!!! 

Dah garu... lepas tu siap cium pulak... eeewww gross lah.

So... yang tak punya masa untuk buat ramuan ubat sendiri kat rumah, ringankan kaki ke Tesco Setia Alam, atau isi jer borang kat SINI <= KLIK.

Teknologi ada... gunalah. Apa nak susah? Main godek-godek dengan jari jer nak hilangkan panau, kurap atau sembuhkan luka,

Meh share dengan kawan korang juga... tekan satu atau semua butang sederet ni pilih saja mana mau pergi share.