Salam Berjabat Tangan Terasa Lembut dan Halus Sungguh Tapak Tangannya - CrazyDuck -->

Header Ads

Salam Berjabat Tangan Terasa Lembut dan Halus Sungguh Tapak Tangannya

Cara berjabat salam ada mesej yang disampaikan. Kadar salaman termasuk peluk-peluk sewaktu kenduri juga ada mesejnya. Yang mahu menghadiri temuduga, belajarlah teknik bersalam. Ia antara "non-verbal communication" yang dibaca oleh penemuduga berpengalaman. Sekiranya tapak tangan atau kulit muka kasar boleh membantu meningkatkan keyakinan diri, terutamanya pada wanita… jangan dilakukan apa-apa. Keyakinan diri merupakan asset penting. Terutamanya jika berurusan dengan orang-orang yang kasar. Teruskan dengan keadaan kasar begitu. Orang akan takut dan hormat dengan anda.
kenduri-kahwin-memang-banyak-salam-berisi
Kenduri Kahwin

Salam Berisi Dan Setiap Salam Itu Punya Ertinya Yang Tersendiri

Bulan cuti sekolah baru-baru ini sangat banyak kenduri. Selepas selesai makan aku menghampiri ayah pengantin. Berjabat tangan memberi salam dan memberitahunya aku sudah mahu berangkat. Tangan ku hulur dengan genggam berisi lalu disambutnya sambil menepuk bahu dan mengucapkan terima kasih. 

Lembut dan halus kulit tangannya. Ye lah... orang berada kerja pun pegawai tinggi. Mana pernah pegang cangkul atau angkat besi.

"Jangan balik lagi lah. Kita sembang-sembang dulu. Bukan selalu kau nak datang jumpa aku." Pujuknya. 

Ya... memang, kami sudah sangat lama tidak bertemu. 

Jika tidak kerana perkahwinan anak sulungnya mungkin kami tidak akan diketemukan hari ini. 

Sudah menjangkau 15 tahun sejak kali terakhir kami bertemu.

Aku menerima pelawaannya. 

Lagi pun aku bukan perlu balik ke KL segera kerana pada malamnya aku mahu bermalam di rumah saudara yang agak berdekatan. 

Sudah terlalu lama aku tidak balik ke tempat permainan sewaktu kecil.

Asyik merantau.

Apa Benar Cara Bersalaman Memberikan Gambaran Tentang Personaliti?

Sambil menemaninya aku bersalaman dengan ramai orang.  Bermacam gaya salam. 

Ada yang genggam erat, jenis sapu layang, sentuhan lembut dan juga yang jenis salam dua tangan. Sambil cium-cium hampir serupa dengan gambar Pee'Em ni.

cium-tangan-cara-bersalaman-bodek-ahli-politik-Shahidan-Kasim-NajibHanya tak berpeluk-peluk seperti kawan aku dipeluk oleh kenalan rapatnya.

Dalam banyak cara bersalaman itu tidak dapat tidak aku mengaitkannya dengan peribadi mereka juga. 

Bukan sesuatu yang sengaja tetapi ia berlaku di bawah tahap separa sedar.

Tanpa paksaan tanpa disuruh...

Ada tangan yang lembut halus dengan jarinya yang tirus dan ada yang jarinya besar, tebal tapak tangannya. Dan ada juga tapak tangan yang kasar seperti memegang kertas pasir.

Dari wajah seseorang itu aku membaca sesuatu. Dari cara mereka berpakaian (penampilan) aku boleh tertarik atau timbul rasa meluat (busuk hati la tu agaknya aku ni). 

Dari tutur kata ayat yang tersusun jelas bait-bait-bait perkataan yang keluar aku boleh mengagak tahap ilmu atau darjat seseorang itu.

Dari gaya bersalam, rasa ditapak tangan, samada ianya halus licin, lembut gebu atau kasar seperti kertas pasir aku boleh meneka apa latar belakang seseorang itu. Termasuk juga apa jenis pekerjaan mereka. 

Atau juga sikap dan perangainya. Adakah dia seorang yang rajin bekerja keras menggunakan tenaga. Atau rajin tetapi hanya menggunakan computer untuk menyara hidupnya? Atau juga seorang yang mudah dibuat kawan malah boleh dipercayai.

Tapak tangan yang kasar menandakan keseringan melakukan kerja kasar dan berat. Sehingga menimbulkan kematu. Orangnya mesti jenis yang rajin buat kerja, bukan hanya suka main handphone.

Bagi suri rumah pula, kekerapan menggunakan lesung batu membual sambal atau melakukan kerja seperti membasuh baju menggunakan tangan akan membuatkan tapak tangan menjadi kasar.

Bagi lelaki, tapak tangan boleh dikaitkan dengan apa yang terserlah pada wajah dan tubuhnya.

Contohnya seperti kecerahan wajah, kesasaan tubuh, dan tahap kesihatan (fitness). Gabungan semua ini dengan cara berpakaian akan memberikan gambaran tentang tahap ekonomi mereka. 

Susah, sederhana (middle class), senang, atau kaya melener.
.

Sekadar Terfikir Bukan Menghakimi

Tetapi setiap sesuatu itu ada pengecualiannya.

Bermaksud apa yang aku anggap itu mungkin tidak betul. Mungkin orang yang aku bersalaman itu sengaja bergaya low profile atau tidak suka menunjuk-nunjuk. 

Dan ada juga yang jenis biarkan Papa asal berjumpa Gaya. Mamanya pula wajah putih terserlah. Mengalahkan Gaya Zakri (artis sewaktu aku kecil dulu). Tetapi lain pula warna pada kulit tangannya. 

Ada sikit gelap. Oh… ada juga manusia yang didewasakan dengan dua tone warna, cerah di atas gelap di bawah.

Aku tidak mahu menjadi hakim atau judgemental - sekadar memerhati gelagat orang. Dan tentunya ada juga orang yang memerhatikan gelagat aku. Gilo ke ini orang? Mungkin itu yang mereka fikirkan... manalah tahu, ek?

Tapi apa yang aku perhatikan dan apa yang tersirat dihati aku simpan sendirian.

"Eh... kau duduk lah dulu ya... aku nak masuk ke dalam sekejap. Ada panggilan ni ha. Kebetulan orang pun dah tak ramai ni. Sementara peluang ada baik aku selesaikan hajat dulu." Tuan rumah meminta izin. 

Sementara dia masuk rumah aku menjadi wakilnya menyambut tetamu dan menjawab soalan dari hadirin yang bertanyakan di mana tuan rumah.

Ya... hadirin agak berkurangan dan aku sempat melayan perasaan.
.

Penampilan Dan Keyakinan Diri Adakah Ianya Berkait?

Sambil aku bermenung sendirian menunggu tuan rumah aku teringat akan kisah lama sewaktu temuduga.

Apa kaitannya kenduri dengan temuduga pulak?

Tak ada direct kaitan, tapi aku melihat mereka yang berkeyakinan tinggi punya persamaan. 

Ketika temuduga mereka yang penampilannya kemas dan tak ada cacat cela pada wajah seperti jerawat atau jeragat, make-upnya sederhana dan kelihatan natural. 

Manakala yang punya kulit bermasalah make-upnya tebal supaya dapat melindungi kecacatan. Tetapi terlebih tebal itu pula sudah menjadi satu kecacatan. Makanya mereka ini pantang jumpa cermin.

Yang muka natural tumpuannya pada temuduga manakala si make-up tebal tumpuannya pada jerawat.

So... y'all boleh agak siapa yang akan perform sewaktu temuduga dan dapatkan job yang dipohon.

Ketika kenduri ini pun sama.

Mereka yang punya keyakinan diri yang tinggi salamnya kemas. Pegangannya agak lama. Yang mahu mengelak kerana tapak tangan kasar, salamnya sekadar layang. Asal sentuh sudahlah. 

Tapi keajaiban ciptaan tapak tangan itu sendiri membolehkan kita merasa apa aura yang datang dari seseorang melalui caranya bersalam.

"Eh... maaflah terlambat sikit." Tiba-tiba tuan rumah menepuk bahu aku.

"Tak apa... banyak juga dapat kawan baru jadi wakil tuan rumah ni." Aku menjawab sambil menyerahkan beberapa sampul yang aku terima dari hadirin sewaktu tuan rumah melepaskan hajatnya.

"Baiklah... mohon minta diri dulu. Orang pun dah tak ramai ni."

"Ok... terima kasih sudi datang dari jauh. Nanti pergi KL aku cari kau, kita pekena teh tarik kaa... ya?"

"Set... Boleh... WhatsApp jer lah, ek." Aku pun beredar setelah bersalaman buat kali terakhir tanda perpisahan.
.

Mahukah Tapak Tangan dan Kulit Anda Lembut?

Sekiranya tapak tangan atau kulit muka kasar boleh membantu meningkatkan keyakinan diri, terutamanya pada wanita… jangan dilakukan apa-apa. Keyakinan diri merupakan asset penting. Terutamanya jika berurusan dengan orang-orang yang kasar. 

Teruskan dengan keadaan kasar begitu. Orang akan takut dan hormat dengan anda. Takut kena pelempang...


tumit-dan-tapak-kaki-kasar
Tapak kaki kasar - Flickriver

Tetapi jika kekasaran kulit muka dan tangan menghancurkan keyakinan diri, buatlah sesuatu.

Banyak ubat atau losyen kecantikan malah sabun juga yang dijual di luar sana bagi memenuhi permintaan untuk melembutkan tapak tangan, tapak kaki, dan kulit wajah. Terutamanya untuk wanita.

Antara Kenduri, Temuduga dan Keyakinan Diri

peluk-peluk-dapat-ketiak-jerYa... dengan berjabat salam ada mesej yang disampaikan. Kadar salaman termasuk peluk-peluk sewaktu kenduri juga ada mesejnya.
Yang mahu menghadiri temuduga, belajarlah teknik bersalam. Ia antara "non-verbal communication" yang dibaca oleh penemuduga berpengalaman.

Keyakinan diri tersangat penting ketika itu. 

Sedikit kecacatan pada wajah atau tangan boleh mengganggu perhatian anda untuk mendapatkan jawatan yang dipohon.

Bagi mereka yang berurusan dengan manusia lain seperti bidang sales dan marketing pula keyakinan diri anda yang tinggi akan berjangkit pada pelanggan. 

Orang sangat mudah membeli dari anda. 

Sekiranya penampilan sangat perlu untuk keyakinan diri dan membantu memperbaiki prestasi kerja, buatlah sesuatu kearah itu. 

Dapat sesuatu dari post ini? Meh bantu saya sikit... tekan satu dari butang yang sederet kat bawah ni dan share kat mana-mana yang anda suka. Terima kasih.