Tangan Berpeluh dan Bau Badan Yang Busuk. Ianya Petanda Buruk? - CrazyDuck -->

Header Ads

Tangan Berpeluh dan Bau Badan Yang Busuk. Ianya Petanda Buruk?

Mempunyai banyak peluh pada tangan, orang menganggap kita sedang stress dan tidak punya keyakinan diri. Kita sendiri merasa malu apabila mahu berjabat tangan. Kita hanya berjabat secara “layang.” Orang boleh menganggap kita sebagai orang yang “dingin” dan tidak <br /> pandai berkawan.
Gambar: healthproper.com

Bau Tengik Dari Peluh Boleh Menjadi Permulaan Gejala Bala

“Kenapa nak rapat sangat ni. Enjak sana sikit… sempitlah.” Aku hanya memerhati gelagat mereka berhimpit-himpit.

Bau badan yang enak samada secara natural atau kerana penggunaan perfume merupakan sesuatu yang istimewa. Orang akan selesa berada dekat dan rapat dengan kita. 

Bagi yang bercinta atau pasangan suami isteri yang masih panas pula keenakan bau badan akan merapatkan lagi hubungan dan kasih sayang.

Bau yang tengik pula lain ceritanya…

Contohnya apabila kita baru saja keluar dari dewan makan atau restoren yang bau karinya (gulai) kuat, bau badan (melalui baju) juga akan turut jadi tengik.

Tengik yang sebegitu tidak mengapa kerana kita punya alasan. Bau yang terpalit.

Peluh Berbau Masam… Malang Yang Bertimpa

Bagaimana pula dengan bau tengik dari peluh? 

Dicampur pula dengan kemasaman bau kerana bakteria sudah belasah protein yang dikeluarkan oleh kelenjar Aprokrin di ketiak anda

Menyebabkan bau seakan hancing, seperti ammonia.

Bau tengik dari peluh boleh menjadi gejala bala (kecil) jika tidak diuruskan dengan baik.

Orang akan tidak selesa bersama kita. Malang sekali sekiranya mereka terkurung dengan kita di dalam lift dan kita pula baru sahaja keluar dari kereta yang aircondnya juga baru saja rosak.

Malang sudah bertimpa…

Salah seorang yang berada di dalam lift itu kita kenal dan dia ialah orang yang akan menemuduga kita nanti. Dan kita sangat mahukan jawatan itu.

Bagaimana Nasib Anda Apabila Terkurung Dalam Lift Bersama Penemuduga?

Anda dapat melihat dia menutup hidung dengan fail kerana hormat dan tidak mahu memalukan anda di depan orang lain. Dan orang lain yang ada juga turut pura-pura memegang hidung yang tidak gatal dan tidak berair.

Moga-moga bilik temuduga nanti aircondnya kuat supaya mana-mana peluh yang masih ada akan kering. Dan tidak lagi mengeluarkan bau yang tengik. 

Tapi bau anda sudah menusuki hidung si penemuduga, dan mungkin dia sudah membuat keputusan pada ketika itu?

Siapa Kata Malang Tidak Berbau?

Apa yang anda dapat teka akan keberjayaan temuduga anda nanti? Adakah dia akan menilai kelayakan anda sewajarnya atau bau badan anda yang tengik akan mempengaruhi keputusannya?

Apa jawapan anda sekiranya dia bertanyakan soalan yang berbunyi, “You perasan tak, dalam lif tadi ada orang bau busuk?” 

sedapnya-bau-ketiak-wangi

Mungkin dia tidak tahu andalah orangnya tetapi dia mahu lihat keperibadian anda dengan bertanyakan soalan begitu. 

Bagaimana pula sekiranya dia saja pura-pura tidak tahu tetapi dia tahu bau itu datang dari badan anda?

Bagaimana pula tahap keyakinan anda bila anda sendiri tak senang dengan bau badan sendiri?

Orang utara akan kata… “mampuih laa hang.” Kalau Kelantan pula katanya “mapoh laa mu…” 

Ini malang jenis berbau punya.

Doa kuat-kuat lah yer… Bukankah doa itu senjata mukmin? Bila lagi nak guna? 

Kehilangan peluang akibat bau badan yang tidak enak itu ibarat sudah putus cinta dia pula tayang depan mata kita."

Disamping menggunakan perfume, masalah peluh yang berbau dapat diatasi dengan menggunakan sabun tertentu. 

Sabun Menghilangkan Bau Peluh

Konsep perfume dan rawatan menggunakan sabun ini sedikit berbeza. 

Perfume menghadirkan bau wangi untuk melawan bau busuk dari badan. Manakala rawatan pula menghilangkan punca bau badan yang busuk akibat bakteria yang berinteraksi dengan peluh.

Sama tujuan tetapi pendekatan yang berlainan. Kesan jangka panjang juga berlainan dari sudut kesihatan dan wang ringgit.

Ada sabun yang diadun khas bagi merawat badan yang mengeluarkan bau peluh yang tidak enak. Ia membantu mengurangkan jumlah koloni bakteria dan kulat di tempat yang banyak peluh.

Bakteria dari jenis propionibacteria membiak subur dan mengeluarkan asid propionic dari peluh menyebabkan peluh berbau masam. Lebih teruk apabila bahagian yang kerap berpeluh menjadi ladang ternak kulat jenis Tinea spp.

Berpeluh itu Sihat Tetapi Jika Berlebihan Bagaimana Pula?

Berpeluh itu petanda tubuh yang sihat kerana ia menyingkirkan bahan buangan dan toksik dari badan serta mengawal suhu badan.

Tetapi apabila peluh seperti ditapak tangan sudah berlebihan, apakah kita masih sihat normal seperti kebanyakan orang?

Peluh yang berlebihan dikenali dengan istilah “hiperhidrosis”. 

Ini berlaku apabila seseorang itu memiliki kelenjar peluh yang berlebihan, terdapat gangguan hormone seperti sakit kencing manis, gangguan pada tiroid, tersalah makan ubat dan juga pada orang jenis kaki botol.

Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan biasanya banyak berpeluh. Tetapi mereka yang slim sekali pun, apabila mengalami gangguan emosi hyperhidrosis akan menjadi lebih ketara. 

Contohnya ialah seperti cemas akibat cinta ditolak, gelisah menanti giliran untuk temuduga, panic kerana tukang kutip hutang sudah berada di depan rumah.

Atau pun perasaan teruja kerana diberitahu akan keputusan peperiksaan yang sangat baik. 

Tapi kita tahu kita bukan dari jenis kaki study punya. Heh… mau tak berpeluh bila nak ambil result.

Kesan Peluh Pada Tapak Tangan

Apabila kita dilihat mempunyai banyak peluh pada tangan, orang akan membuat andaian yang kita sedang stress dan tidak punya keyakinan diri.

Malah kita sendiri merasa malu apabila mahu berjabat tangan. Kita hanya berjabat secara “layang.”  Ini kerana kita tidak mahu peluh dari tangan kita membasahi tangan orang yang kita berjabat.

Orang itu pula mungkin menganggap kita sebagai orang yang “dingin” dan tidak pandai berkawan.

Suasana bertambah kurang enak apabila peluh kita mengeluarkan bau seperti yang diceritakan di atas.

Ketiak ada busuk? Heh... sharelah post ni supaya orang yang ketiaknya busuk dapat manfaat.

Tekan butang bawah ni dan share kat mana pun, tinggalkan bau kat sana.