Awak Kelihatan Letih Baik Balik Awal - CrazyDuck -->

Header Ads

Awak Kelihatan Letih Baik Balik Awal

Pak Samad terus bangun dan mengambil sekeping kertas tissue di meja. Sambil berjalan dia membuka cermin mata dan mengelap air matanya. Dia bukan mahu ke tandas pun… Pak Samad cuba menenangkan dirinya sebelum kembali ke meja. Dia tidak mahu kelihatan seperti baru lepas menangis. Dia tidak tertahan kesedihan dan rasa terharu.
Good-Food-at-Restoren-Kari-Corner-Nibong-Tebal
Restoren Kari Corner Nibong Tebal, Penang

Berita Gembira Menimbulkan Persoalan

Pak Samad gembira mendengar perkhabaran yang anaknya akan balik awal. Namun… perkataan “Bos suruh balik. Dia kata kakak nampak keletihan” mengusik jiwanya.

Bangsa lain dengan anak buahnya pun punya hati perut, ini aku dengan anak sendiri tak ambil kisah. Hanya nak pentingkan diri sendiri. Fikir Pak Samad.

Ungkapan kata-kata dari Halim toke warung pagi tadi masih tersangat segar bermain dalam benak kepalanya.

Entah apa berita baik yang akan dibawa oleh anaknya sehingga disuruh balik awal.

Bermacam soalan bermain difikirannya.

Episod terdahulu No. 3: Musibah Yang Membawa Hikmah

“Boomph…” bunyi pintu kereta ditutup. Dan Pak Samad kenal itu bunyi pintu kereta anaknya.

Dia membuka pintu dan keluar menyambut Asmahani setelah selesai solat zohor yang sedang dilakukan ketika Asmahani sampai.

Tanpa membuka kasut terlebih dahulu Asmahani bersalaman dan mencium tangan ayahnya. Lalu memeluk Pak Samad. Tanda kesyukuran.

“Errr… hang dah solat Zohor ke belum?” Tanya Pak Samad.

“Belum… nak mandi dulu lah.” Jawab Asmahani dan terus bergegas ke biliknya.

“Kita makan luar ye Yah petang ni atau sat lagi.” Usul Asmahani sebelum menunaikan solat Zohor.

“Boleh… tapi kat mana dan apa yang nak di makan?”

Dalam kepala Asmahani kalau kawasan Kuala Kurau, Parit Buntar, Bagan Serai ada beberapa restoren yang diminatinya.

Menu Ayah dan Anak Tak Sama

Tapi tak semestinya ayahnya pun menyukai menu-menu yang dia suka – Western.

Ayahnya lebih tradisional…nasi dan gulai. Sambal wajib ada. Dia pun suka juga gulai sebab itu yang selalu dimasak untuk ayahnya.

Ada satu restoren dekat Nibong Tebal sana… KARI CORNER. Bermacam menu yang ada termasuk Western Food.

Restoren-Kari-Kepala-Ikan-dan-Western-Food
Gambar: A little bit of Everything - blogger
“Kita pi kat situlah… KARI CORNER. Ayah suka masakan depa. Kakak tau.”

“Hmm… boleh lah.” Pak Samad menjawab ringkas.

“Ayah siap lah… lepas solat kita terus pi.” Usul Asmahani.

Sampai di restoren KARI CORNER, masih banyak lauk-lauk yang segar serta ulaman.

Ayahnya memilih masakan Melayu gulai ikan sembilang berserta ulam-ulaman. Manakala Asmahani memilih Chicken Chop dan beberapa side order.

Makan Ulam Teringatkan Isteri

Ulam-Pucuk-Janggus
Gambar: FB Latifah Ahmad
Gambar: Ombak73
“Lama ayah tak makan ulam Pucuk Cabang 3 ni, kan?” Tegur Asmahani melihat ayahnya begitu berselera.

“Betul. Ni nak habaq kat hang sikit pasal ulam-ulam ni.” Sambil makan mereka berceloteh.

“Mak hang masa dia mengandung kat hang dulu, dia cukup suka ulam. Tapi memilih. Dia tak ambil ulam yang menjalar. Semua jenis yang tinggi atau tegak saja.”

“Ulam raja, pucuk cabang tiga ni, pucuk ubi kayu, pucuk janggus (gajus), jantung pisang… tu antara ulam kesukaan dia. Jering dan petai pun dia suka.”

“Ulam jenis menjalar macam pegaga, kadok, kangkong rebus dia tak sentuh langsung.”

“Tu lah… arwah mak ada cerita juga masa kat hospital hari tu. Dia pesan macam-macam. Termasuk hal-hal yang dia lakukan masa mengandung kat kakak.”

“Jadi maknanya hang tau lah pasai apa hang ni pelik sikit dari orang lain, kan?”

“Maksud ayah?”

“Ni bukan nak berbangga atau bongkak, tapi sekadar nak pesan kat anak cucu.”

Pilihan Makanan Sewaktu Mengandung Ada Kesan Pada Anak?

“Masa mengandung tu… perlakuan, apa yang kita buat, dan jenis makanan yang diambil sangat penting untuk baby dalam kandungan.”

“Bukan sekadar kesihatan bayi dalam perut tu, tapi pembentukan keperibadian masa dia besar nanti.”

“Mungkin pasai tu hang terlebih pandai sikit dari orang lain. Bukan pandai sebab hang pandai… tapi sebab perangai hang tu.”

“Hang rajin dan tak mudah putus asa. Lagi benda tu susah dan orang tak mau buat yang itu lah yang hang duk suka buat.”

“Dah perangai mak hang masa dia mengandung kat hang macam tu. Ulam jenis dok bawah merayap dia tak mau. Mesti yang tegak tinggi. Tu laa yang hang dapat mengaji tinggi, keputusan baik dan dapat kerja pun bagus punya.”

“Ayah agak macam tu laaa.”

“Sebab bila lepas dia habis pantang, semua ulam pun dia sapu. Tak memilih dah.”

“Dan satu lagi… sewaktu dalam pantang tu mak hang cukup taat dengan herba-herba. Sungguh pun sesetengah tu pahit tak sedap, tapi dia setia. Nak jaga badan.”

“Cuma bila umur meningkat… dia dah tak peduli sangat nak jaga pemakanan, mungkin pasai tu kena kencing manis. Dia kira nak enjoy makan apa yang dia suka.”

“Ha… tadi dalam telefon kata ada benda baik nak habaq. Apa dia?”

Orang Mengantuk Disorongkan Bantal

Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Nak makan ayam goreng kunyit dapat chicken chop.

Cuma kalau dia rasa mengantuk kekenyangan… tak ada bantal restoren Kari Corner nak sorongkan.

Saat yang ditunggukan Asmahani sudah tiba.

“Oh… macam ni.”

“Pagi tadi lepas masuk pejabat, Boss kakak si Bill tu masuk bilik dan sembang.”

“Dia tanya kakak kenapa selalu nampak kurang bertenaga dan keletihan sejak kebelakangan ni. Dan prestasi kerja juga menurun.”

“Lapuran lambat siap. Siap pun kualiti tak sebagus dulu-dulu punya. Dulu… lapuran kakak selalu jadi rujukan, la ni dah tak lagi.”

“Kakak cakap la dengan dia, kakak hanya ada 2 pilihan. Terus kerja dan hadapi apa juga risiko. Contoh macam semalam terkandas dalam bah kilat.”

“Atau pun berhenti saja duk rumah jaga ayah. Tunggu orang masuk meminang dan kahwin. Kita bukan miskin sangat pun. Ayah banyak tanah bendang dan kebun nyoq (kelapa).”

“Kakak tak kisah siapa pun bakal suami, asalkan ayah setuju… cukup baik bagi kakak.”

“Pak Samad terdiam. Ingatannya pada Halim bertambah segar. Bait-bait ungkapan kata-kata Halim bermain di kepalanya.”

“Ayah pikiaq apa… macam jauh sangat renungan tu?” Asmahani mengejutkan ayahnya dari lamunan.

“Oh… pagi tadi, lepas hang pi kerja, ayah pi minum kat kedai Halim. Benda ni dah kami sembang.”

Berita Baik Dikongsikan

“Habis tu apa bos hang kata bila hang habaq nak berhenti?” Pak Samad menjawab soalan Asmahani sambil bertanyakan soalan pula.

“Dia kata jangan berhenti laa. Kebetulan company ni dah nak buka division baru. Consumer goods. Kat merata tempat, termasuk satu di Butterworth.”

“Dia akan jadi head dalam division ni dan ajak kakak join dia. Kakak kira naik pangkat laa bila join dia nanti.”

“La ni kakak sebagai Quality Assurance Engineer bila join dia dah terus jadi Branch Manager kat Butterworth nanti.”

“Oh macam tu… dah tu apa hang cakap dengan dia. Terima ka atau dak?”

“Kakak cakap kakak nak bincang dengan ayah dulu. Apa keputusan dia (ayah) kakak ikut ja.”

“Oh… macam tu ka? Errr… sat… nak pi tandas sat.”

Dapat Berita Baik Terus Mahu Ke Tandas


Pak Samad terus bangun dan mengambil sekeping kertas tissue di meja. Sambil berjalan dia membuka cermin mata dan mengelap air matanya.

Dia bukan mahu ke tandas pun… tetapi mendengar penjelasan Asmahani, dia tidak tertahan kesedihan dan rasa terharu.

Kesedihan yang sudah dirasai sejak pagi tadi. Bermula dengan musibah banjir kilat semalam.

Begitu baik anak ini. Tidak langsung kisah akan kemahuan dan cita-cita sendiri asalkan dapat membahagiakan ayahnya.

Pak Samad cuba menenangkan dirinya sebelum kembali ke meja. Dia tidak mahu kelihatan seperti baru lepas menangis.

“Maknanya, kalau ofis kat Butterworth nanti tak perlulah nak teruk jem macam la ni, kan?” Tanya Pak Samad setelah kembali ke meja makan.”

“Betoi Yah.” Jawab Asmahani. Bersambung...