Keadaan, Suasana dan Manusia Akan Terus Berubah - CrazyDuck -->

Header Ads

Keadaan, Suasana dan Manusia Akan Terus Berubah

Keadaan dan suasana akan terus berubah. Yang mahu kekal dengan status quo akan ketinggalan. Sekali pun satu ketika dulu pernah menjadi juara pasaran dunia.

The Only Constant Is Change

Teknologi berubah
Sikap dan cara orang bekerja juga berubah
Keadaan dan suasana akan terus berubah
Yang mahu kekal dengan status quo akan ketinggalan
Sekali pun satu ketika dulu pernah menjadi juara pasaran dunia

Aku juga perlu berubah
Tetapi ada yang boleh diubah
Dan ada yang tetap tidak boleh diubah
Mana yang bukan daya aku untuk mengubah... biarkan ia

Iman dan aqidah aku tuntut, follow dan amalkan saja

Dari kecil hingga dewasa
Persekitaran membentuk siapa aku
Di air aku belajar berenang
Pernafasan aku jadi mantap

Dibukit aku memanjat dan bergayut
Kaki ku jadi kuat tangan ku cekap memahut

Di mana saja aku berada
Dengan siapa aku bersama
Ubah dan develop jadi aku yang baru

Di air aku perlukan kekuatan menahan pernafasan
Di bukit kaki aku tak boleh bagi alasan aku lenguh
Di air atau di bukit mata aku tetap perlu sentiasa alert
Be ready to face or divert from any harm
Being relevant to the needs and wants of the market

Bersama kawan-kawan yang kuat usaha
Aku tak boleh kata ... “aku malas laaa…”
Dengan orang yang selalu membuahkan hasil
Aku tak boleh kata... "Kau sungguh laa... nasib kau baik... ada itu ada ini"

Kita semua sama saja
Yang membezakan ialah ilmu, pengalaman dan usaha
Tindakan bukan angan-angan atau hanya seronok berimpian

Nak main bola kena cekap tendang & drible
Nak main hoki kena kuat berlari sambil tunduk
Nak main.. err main laa apa pun, ada caranya yang tersendiri

Keep learning, evolve and grow into the true, real and be the best that you can be, eh? Yes you can when you said so.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.