Ular Berbisa Sebagai Teman dan Punca Rezeki. Ada Berani? - CrazyDuck -->

Header Ads

Ular Berbisa Sebagai Teman dan Punca Rezeki. Ada Berani?

Jumpa ular berbisa seperti Tedung ada orang lari tak cukup tanah. Tapi ada juga yang menjadikan ular jenis berbisa dan berbahaya ini sebagai teman bermain. Malah punca rezeki. Tapi silap haribulan menempah maut.

Jumpa ular berbisa seperti Tedung ada orang lari tak cukup tanah. Tapi ada juga yang menjadikan ular jenis berbisa dan berbahaya ini sebagai teman bermain. Malah punca rezeki. Tapi silap haribulan boleh menempah maut. Memang ada yang maut pun.

Ular berbisa bukan perkara biasa untuk dijadikan binatang peliharaan (pet) atau kawan bermanja seperti kucing atau anjing. Tapi memang ada yang menjadikan ular sebagai peneman. Malah punca mencari rezeki melalui pertunjukkan.

Bagaimana dengan aku?

Haa… setiap kali nampak ular, pertama sekali aku cari ialah batang. Kayu, besi, buluh dan yang seumpamanya. Bila dalam kereta atau naik motor tak lah.

Kalau aku tak bunuh pun, aku halau supaya pergi jauh-jauh. Sebabnya ada juga bagusnya ular ni terus hidup. Tikus tak membiak dengan cepat sangat.

Tak perlu bagi racun tikus. Bila tikus kena racun… kucing aku makan, kucing aku pula yang kiok. Kesian tengok kucing yang keracunan. Berbuih-buih mulut. Bawa ke klinik pun kadang-kadang sudah terlambat. Kesan racun sudah menjalar.

OK, meh tengok gambar-gambar ular yang dijadikan teman, yang kena belit, yang ditangkap, dan mangsa yang kena patuk. Juga penerangan ringkas tentang risiko kena patuk ular, terutama yang jenis berbisa seperti tedung.

Bermain dan Bertemankan Ular?

Ular-tedung-menonton-TV
Gambar 1. Memang terror selamba. Sumber: FB Man Gnu Man Gnu‎

Gambar kat atas ni aku tak pasti samada edit atau benar. Sekiranya edit, tukang edit memang sangat pro. Sekiranya gambar yang benar, adakah ular ini siungnya sudah dibuang? Jadi risiko nak kena bisa akibat patukan dah tak ada.

Tapi, apa kata kalau ular ni marah dan semburkan bisanya? Kena mata buta wey…

Gambar bawah ni pula si awek comel dengan ular tedung. Bukan main besar dan panjang lagi ular tu. Err… memburu tikus kat sawah agaknya ek?

Gambar 2. Bermain dengan Ular Tedung di sawah. Sumber: Sentiasa Panas.

Gambar 3. Bermain dengan ular Tedung dalam Bathtub. Sumber baraberehblogspotcom

Gambar atas ni pula… fuiyyo, mandi dengan tedung dalam bathtub. Kalau aku yang buat, mak aku buka bilik mandi nampak aku dengan dua ekor ular dia akan lakukan salah satu ini.

Pertama, dari seorang yang normal, dia akan bertukar jadi pelatah. Kalau ada batang penyapu kat situ, bukan ular itu yang ditibainya. Aku yang pasti akan kena dulu.

“Bodoh punya orang, kamu nak mampus ka?” Mungkin itu perkataan yang keluar dari mulut dia.

Kedua, jika dia tak jadi pelatah… sebaik nampak aku main dengan ular dia akan lari tak cukup tanah.

Sambil menjerit-jerit minta tolong. Itu pun kalau dia sedang pakai seluar. Kalau setakat pakai kain batik kemban… entah macamana dia nak lari. Boleh banyangkan ek?

Ular Tedung Yang Ditangkap

Kata orang, bisa ular tak akan hilang bila menyusup akar. Bermaksud, orang bijak pandai tak akan hilang ilmunya walau dengan siapa dia berkawan. Tapi ada pula yang kata, “kamu ialah siapa orang yang kamu berkawan.”

Kalau ular tu tak akan hilang bisanya dengan menyusup akar, bisanya tetap ada walau pun ular itu mematuk besi. Maka itu pasal ia perlu dikurung bila dapat ditangkap.


Gambar 4. Ular Tedung ditangkap. Sumber: FB Mat Jiee‎


Gambar 5. Ular Tedung dalam sangkar. Sumber: FB Kak Yongg

Sewaktu aku kecil dulu pernah atuk aku tangkap ular sawa. Suka masuk reban makan ayam. Tapi selepas ular sawa tu ditangkap, dimasukkan dalam sangkar macam dalam gambar atas tu, tengok-tengok esoknya sudah hilang.

Rupanya dia boleh mengecilkan badan untuk lolos. Sama macan dia boleh telan mangsa yang berkali-kali besar dari mulutnya. Ular tedung, aku tak tahu.

Ular Tidak Berkawan, Kecuali?

Ular merupakan “solitary animal” – bermaksud bersendirian. Tak nak berkawan dia. Agaknya kalau ia berkawan ia akan jadi ular lain, dan hilang bisa? Mungkin sebab dia tak mahu ikut manusia punya peribahasa “kamu ialah jenis apa ular yang kamu berkawan.”

Namun, ada ketikanya… ular akan berkawan. Ye… berkawan-kawan. Tengoklah gambar kat bawah ni macamana “diaular” berkawan, sampai jadi bola lagi. Ketat padat sendat gitu.

Gambar 6. Ular berkawan-kawan. Sumber: Snake mating ball.

Gambar 7. Ular berkawan-kawan. Sumber:  She is a very popular girl.
Gambar 8. Ular bermain bola. Sumber:  Bola Ular.

Ular Berbisa dan Secepat Mana Bisanya Boleh Membunuh?

Selain ular terung selar yang gambarnya (dalam sangkar) di atas tadi, ada beberapa jenis lagi ular yang sangat berbisa.

Ular di bawah ini yang dinamakan Ular Kendawang atau Jungulai Usang oleh masyarakat Borneo tersangat berbisa.

Gambar 9. Ular paling berbisa di Borneo. Sumber: FB Borneo.

King cobra atau tedung senduk tidak membesar seperti tedung selar. Tetapi bisanya… ya amat.

Bisanya akan keluar dari kelenjar melalui siung. Apabila terkena patukan, siung ini menembusi kulit atau daging mangsa. Bisa akan serentak disuntik.

Ular yang sangat berbisa cecair bisanya (venom) mengandungi neurotoxins. Iaitu racun kepada saraf.

Sekali patukan mengandungi 200 – 500 mg venom. Ular besar mungkin lebih. Dalam masa 30 minit mangsa patukan akan menemui maut.

Nak bayangkan betapa bisanya venom ular ini? Venom yang keluar dari satu patukan sudah cukup untuk membunuh lebih kurang 20 orang dewasa.

Bisa atau nggak bisa? Bisa bangat ya pak?

Gambar 10. Ular Senduk (Cobra). Sumber:King Cobra dan FB Suki Othman. Ular Senduk ada tanda di belakang kepalanya.

Gambar 11. Mangsa patukan ular peliharaan sendiri. Sumber: Mahasiswa mati dipatuk ular.

Ular Sawa Ular Yang Tidak Berbisa… Tapi?

Ada dua jenis ular sawa yang biasa – warna batik koko dan kuning. Sejenis lagi – Anaconda tidak kedapatan di Malaysia, tetapi di Amazon, Brazil.

Nak berkawan dengan ular sawa ni boleh saja, tapi jangan biarkan mereka lapar. Ha… orang yang dalam gambar bawah ni kena belasah dengan ular sawa ketika buat show. Collection belum cukup lagi agaknya? Atau sale tak jalan?

Tak sempat nak breakfast dah buat show. Manusia bila lambat dibayar gaji (upah) mengamuk siap mengadu ke Pejabat Buruh. Ular tak mengamuk cuma dia baham tuan dia jer.

Gambar 12. Sumber: Ular kelaparan tak mahu main.

Penutup

Sebagai penutup, lihat gambar bawah ini. Kalau yang di atas tadi (ular menonton TV) ada yang mengatakan gambar edit, yang bawah ni pula?

Atau ular plastik? Anda fikirlah sendiri.

Aku rasa dua ekor ular ni sedang nak berkawan-kawan, kena kacau la pulak. Potong stim betul.

Tapi aku pastinya tak berani macam budak dua orang ni. Heh… nak mampus. Tu ular tedung tu. Dia sembur venom, masuk mata buta terus.

Tapi tu lah… budak ni memang berani nak mampus (tersangat berani) pun.

Boleh berkawan dan bermain dengan ular kalau ada ilmu dan kepakarannya. Tapi jangan main-main kalau nak hidup lebih lama. Betul cara jadi sumber rezeki pula.

Gambar 13. Ye ke bebudak ni lawan dengan ular besar cenggini? Sumber tak dapat dikesan.

No comments

Sila tinggalkan pendapat dan pandangan anda. Terima Kasih.